USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BERSYUKUR DENGAN NIKMAT IMAN

11709518 10207095211683073 6421269941399831998 n

KUBANG KERIAN, 12 Julai 2015 - Pusat Islam Kampus Kesihatan  menganjurkan Ceramah Perdana sempena Hari Nuzul Al-Quran di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang dihadiri  oleh 300 orang warga staf USM,  pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Naim Lilbanat dan Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan.

Program ini bertujuan menggalakkan melakukan ibadah dan membaca Al-Quran setiap hari di samping mengadakan kutipan derma untuk disalurkan kepada Tabung Kebajikan Staf USM berpenyakit kronik dan anak-anak/balu kepada staf USM yang telah meninggal dunia. 

11209414 10207095212083083 6776574050423697628 n

Ceramah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Islam, Profesor Madya Dr. Haji Wan Nudri Bin Wan Daud yang bertajuk “Rahsia Ibadah Puasa Dari Perspektif Islam” yang menyarankan supaya menghayati erti puasa dengan  sepenuh hati agar dapat meningkatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah swt. 

“Umat Islam seharusnya lebih memberi tumpuan dalam menggandakan ibadah terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan yang di dalamnya terdapat Lailatul-Qadar,” kata Hj. Wan Nudri.

Ketua Yayasan Dakwah, Yayasan Maklumat Dan Perkhidmatan Islam (IIS), Shah Kirit Kalkulal Govindji turut menyampaikan syarahan bertajuk “Membongkar Rahsia Al-Quran”  dengan berkongsi pengalaman bagaimana  dia mula tertarik untuk memeluk Islam kerana terlalu banyak persoalan mengenai ketuhanan dan kejadian alam ini dengan mengkaji surah Al-Ikhlas di dalam Al-Quran.

11143569 10207095212763100 4107484604871986764 n

11692519 10207095213563120 6789943209287063473 n

11701012 10207095212323089 7917036640218579433 n

Shah Kirit Kalkulal Govindji memeluk Islam selama 19 tahun.

"Umat Islam yang telah diberi cahaya hidayat seharusnya tidak leka untuk terus bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dianugerahi nikmat iman dan Islam," pesannya lagi.

Teks/Foto: Abdul Aziz Latif/Eddy Masry Mohamed

  • Created on .
  • Hits: 1075

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024