CELESTICA SUMBANG SMT LENGKAP KEPADA USM
PULAU PINANG, 18 Februari 2015 - Syarikat Surface Mount Technology (SMT) terkemuka iaitu Celestica Malaysia Sdn. Bhd. (CMSB) menyumbangkan lima unit mesin kepada Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai salah satu kerjasama melalui penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) kedua-dua pihak.
SMT adalah satu proses peringkat papan dimana komponen elektronik dipasang terus ke atas permukaan papan litar tercetak (PSB) dan dengan sumbangan ini, USM bakal mempunyai sistem yang lengkap dan yang pertama di Malaysia.
“Saya berbangga dengan usaha pensyarah USM dengan pelbagai kolaborasi di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa serta membina rangkaian yang memberikan manfaat kepada pelbagai pihak,” ujar Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman.
“Melalui sumbangan mesin dan alatan terkini oleh CMSB ke Universiti, ianya dapat memberikan manfaat kepada pelajar USM menghadapi realiti kerja pada masa akan datang,” tambah Omar.
“CESB adalah syarikat teknologi pemasangan permukaan yang berjaya manakala SMT adalah satu proses peringkat papan dimana komponen elektronik dipasang terus ke atas permukaan papan litar tercetak (PCB),” ujar Pengurus Am Kawasan CESB, Shum Lee Jin.
“CESB berusaha bagi menyokong pembinaan tenaga kerja pada masa hadapan dengan membina kemahiran dalam proses SMT yang mampan.
“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fuji Manufacturing Asia kerana menyumbang perisian SMT untuk mesin tersebut,” tambah Shum.
Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM) Profesor Mohd. Zulkifly Abdullah antara mesin yang disumbangkan ialah mesin percetakan, Reflow Oven, Dispensing dan juga dua unit Pick and Place.
Turut hadir ialah wakil Fuji Manufacturing Asia Matthew Thoi Hooi Kng, Dekan PPKM Profesor Dr Zaidi Mohd Ripin, Pengarah Kejuruteraan CESB Parimalam Rethinasamy.Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 1955