USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM MELANGKAH PENUHI ASPIRASI KAMI MEMIMPIN, MEMBANGUN NEGARA, MEMPERKASA BAKAT 1USM, KAMI SAYANG USM - KETERANGKUMAN, KELESTARIAN & KECEMERLANGAN

Merentasi masa dan cabaran yang ada, USM melangkah gagah ke tahun 2014 dengan mencatatkan pelbagai kejayaan oleh warganya selama ini. Menutup tirai 2013 misalnya, seramai 8 orang lagi ilmuwan dan saintis USM dipilih sebagai Saintis Penyelidik Terkemuka Malaysia atau Top Research Scientist Malaysia (TRSM) di samping dua orang yang menerima Felo Akademi Sains Malaysia.

USM mempunyai senarai panjang kejayaan-kejayaan yang dilakarkan sepanjang 2013, terutamanya di Pusat-pusat Pengajian (PP).

Antaranya ialah:

  • PP Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral berjaya menerbitkan 387 karya dalam jurnal dan prosiding berwasit dengan 259.8 faktor impak terkumpul, 12 bab dalam buku, 51 karya dalam jurnal non-citation indexed dan 90 karya dalam lain-lain penerbitan, menggondol 13 anugerah akademik dari dalam dan luar negara antaranya dari MOSTI, International Polymer Technology Conference and Exhibition, The Academy of Sciences Malaysia, AUN/SEED-Net, JICA, ASEAN FOUNDATION dan USM sendiri serta memperolehi 10 anugerah inovasi melalui Green Conductive Tile, WEC-Breaker Novel Electro-Aquatic Circuit Breaker From E-Waste, R-Rubfoam - A Novel Solution for Global Oil Spills, Utilization of the Rejected Glove as an Eco-binder for Producing Precision Metal Components, 1 plus 1- from Rubber Wastes into 2 Novel Products, OILZOB-A Novel Oil Absorbent, International Conference and Exposition on Invention of Institution of Higher Learning, PECIPTA 2013, TCP.COM - ITEX Gold Medal dan Nanocoat: Remedy for VOC, Bacteria and Fungi Growing World. Warganya juga mendapat pengiktirafan melalui Best Paper Award, ITEX2013 - 24th International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2013, International Trade Fair, Ideas-Inventions-New Products, Nuremberg, Germany; International Innovation, Design and Articulation (i-IDeA 2013) dan sebagainya.
  • PP Kejuruteraan Kimia pula mengukir pelbagai kejayaan antaranya ialah pengiktirafan Akademi Sains Malaysia dengan memilih pensyarah PP Kejuruteraan Kimia iaitu Profesor Dr. Abdul Latif Ahmad sebagai salah seorang Felo yang membolehkan beliau menggunakan designatory yang berprestij iaitu FASc. Prof. Abdul Latif Ahmad menerima Anugerah World Inventor Award di Seoul, Korea; Dr Lim Jit Kang Memenangi Anugerah Takeda Young Entrepreneurship Award 2013; dan pelajar memenangi pelbagai kategori termasuk Juara Keseluruhan dalam National Chemical Engineering Symposium 2013 (NACES 2013). Sepasukan penyelidik mudanya, Meor Muhammad Hafiz Shah Buddin, 23 dan Muhammad Razif Abdul Razak, 23 telah memenangi dua anugerah; Pingat Emas dan Pingat Berlian dalam British Invention Show 2013 (BIS 2013) di London.
  • Manakala di Kampus Kesihatan, usaha dibuat untuk mengukuhkan kerjasama di antara USM melalui Jabatan Psikiatri Hospital USM dalam bidang Perubatan Penagihan Dadah: Klinik Methadone yang dirintis sejak 2007 dengan Yale University Amerika Syarikat. Kerjasama USM-Yale berjaya membentuk kumpulan kajian USM-Yale yang mana kumpulan penyelidik USM diberi latihan. Di samping itu National Institutes of Health (NIH), Amerika Syarikat menawarkan geran RO1 untuk tujuan penyelidikan bernilai kira-kira USD 1 juta. Memorandum Persefahaman akan ditandatangani untuk tujuan penyelidikan dan perkongsian kepakaran.
  • Di Kampus Kesihatan juga, Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains (P3Neuro) dianugerahi salah satu daripada 16 pusat di bawah ‘WFNS Post Graduate Training Centre’ oleh World Federation of Neurosurgical Societies (WFNS), berjaya menganjurkan ‘Neuroinformatic Course 2013’, mengadakan kerjasama dengan beberapa buah universiti dan International Neuroinformatics Coordinating Facility (INCF) melalui program ‘Neuroinformatic Malaysia’.
  • PP Sains Kesihatan menerima anugerah 5 Bintang, Audit Bidang Sains Kesihatan Sistem Penarafan Disiplin Pengajian (D-SETARA), manakala para pensyarah menerima anugerah emas dalam 24th International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX2013) untuk BAL EX ZURAIDA-SHAH Rotatory Chair, anugerah perak dalam Malaysia Technology Expo 2013 (MTE) 2013 untuk produk Functional Food Ingredient from Oyster Mushroom, perak dalam Pameran Bio Malaysia 2013 untuk produk NutritiveMush Flour, Inovasi Terbaik Kategori Teknikal, Pemenang Inovasi Terbaik Keseluruhan dalam PECIPTA 2013 dan Malaysian Women's Weekly 'Great Women of Our Times 2013’ untuk Dr. Geshina Ayu Mat Saat yang memenangi hadiah kategori 'Education and Public Service Category' dan hadiah utama ‘Most Inspiring Woman'.
  • Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah melakar kejayaan antaranya melalui Kluster Infektomik yang berjaya menghasilkan kit bagi mengesan kehadiran unsur khinzir dalam daging atau makanan diproses diyakini akan memberi manfaat besar kepada industri halal negara. Produk inovasi - Porcine DNA Detection Kit telah berjaya meraih pingat emas pada Pameran Reka Cipta Inovasi & Teknologi Antarabangsa ke-24 (ITEX 2013); kejayaan pelajar IPPT menjadi penerima tunggal USM untuk biasiswa tajaan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. IPPT diiktiraf sebagai Pusat Kajian Bioekuivalens daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan kajian yang melibatkan ubat-ubatan dan IPPT telah disenaraikan dalam laman web BPFK (www.bpfk.gov.my). IPPT juga telah melahirkan Pakar Onkologi pertama di Malaysia, Dr. Gokula Kumar apabila berjaya mendapat kelulusan kepakaran (Fellowship) dari Royal Australian and New Zealand College of Radiologists (RANZCR) setelah menjalani latihan intensif selama lima tahun dalam bidang Onkologi di National University Singapore dan William Buckland Radiotherapy Centre, Melbourne.
  • PP Perumahan, Bangunan dan Perancangan pula banyak mencapai kejayaan antaranya dalam merekabentuk ruang dalaman bahagian lobi, bilik keluarga hotel dan kafe bagi D’ Feringghi Hotel & Restaurant di Batu Feringghi, Pulau Pinang; kejayaan pelajar dalam Pertandingan Rekabentuk Raja Zarith Sofia; Diploma Light for Commission; “Student, Young designers and Architects Competition Grants”; Anugerah Hijau 2013; kejayaan dalam OIC 2013 Langkawi CRC Competition Rekabentuk Velodrum Anjuran MSSA Dan CIDB serta kejayaan pelajar Ijazah Sarjana Muda HBP (Senibina) memenangi Pertandingan Lakaran Bangunan Parlimen & Lanskap Parlimen di samping kejayaan pensyarah dalam Anugerah Industri Buku Umum Terbaik (Kategori Senibina) melalui buku Architecture and Heritage Building in George Town Penang; Anugerah Loji Prototaip Biogas RM 2.5 juta dari Enerbon Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh negara German; kejayaan pensyarah menerima Anugerah Tokoh Ikon Belia Bumiputera (Profesional dan Akademik).
  • PP Sains Komputer telah mengadakan Pameran Penrekrutan Latihan Industri dan Kerjaya Sains Komputer (CSIRF’13) melibatkan 250 orang pelajar; Projek komuniti Tangkai Cermin melibatkan 40 pelajar dan 25 staf bersama orang asli Tangkai Cermin, Perak.
  • Penawaran Program Sarjana Komunikasi (Komunikasi Pemasaran Bersepadu) atau IMC oleh PP Komunikasi menjadi satu lagi kejayaan USM dalam melebarkan jaringan jenamanya di luar negeri Pulau Pinang. Prasarana di Wisma Sejarah yang menempatkan penawaran IMC akan ditambah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif termasuk mendapatkan bahan rujukan, internet dan tempat untuk perbincangan dan sebagainya untuk menarik pelajar termasuk pelajar antarabangsa dengan pejabat "USM Post-graduate Sattelite" di Kuala Lumpur.
  • PP Sains Kemasyarakatan    pula terlibat dalam menganjurkan Pendidikan untuk Kanak-kanak Pelarian Rohingya yang dikendalikan oleh Unit Penyelidikan Pendidikan Perdamaian dan Kelab Perdamaian USM (KeDAMAI USM) dalam membantu memberikan pendidikan secara percuma kepada anak-anak pelarian pada setiap Sabtu dan Ahad melibatkan seramai 38 orang pelajar secara percuma. Juga menandatangani persefahaman dengan St. Cloud University Minnesota untuk kerjasama akademik dua hala.
  • PP Siswazah Perniagaan (GSB) berjaya mendapat pengiktirafan “Excellent Business School” oleh Eduniversal Ranking, menjana pendapatan melalui geran penyelidikan berjumlah kira-kira RM2.4 juta, melaksanakan program MBA Off-shore untuk MARA, menjadi hos kepada pelajar MBA (Eksekutif) LUMS program Global Exposure, menjadi hos kepada pelajar BINUS program Research Methodology dan memulakan Program CEO-Talk bersama Pusat Pengajian Pengurusan.
  • Pusat Racun Negara pula berjaya melaksanakan Projek USM Bebas Tembakau yang digerakkan sejak 2012, menghasilkan Polisi USM Bebas Tembakau sekaligus menjadikan USM sebagai institusi pengajian tinggi awam pertama melaksanakan polisi bebas tembakau secara komprehensif. Ia dilaksanakan melalui geran MySIHAT Kementerian Kesihatan Malaysia dan pelbagai aktiviti termasuk melahirkan sukarelawan dan pelbagai kempen yang berterusan.
  • Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) berjaya menubuhkan Majlis Kelestarian Universiti (MAKU) USM, menghasilkan Polisi Kelestarian USM 2013, menghasilkan Sustainability Assessment Methodology (SAM), menubuhkan South East Asia Sustainability Network (SEASN), menganjurkan International Sustainability Conference (ISCO) 2013 dan Disaster Risk Management for Sustainable Development Training (DRM-SD), menawarkan Program Sarjana & Doktor Falsafah (Kelestarian) secara Mod Penyelidikan dan Program Sarjana Amalan Pembangunan Lestari (MSDP) di samping terlibat dengan Open Working Group, New York, Amerika Syarikat yang penting dalam menyediakan dan membangunkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) seperti yang dipersetujui semasa United Nations Conference on Sustainable Development (Rio+20), di Rio de Janeiro pada Jun 2012.
  • Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) pula sedang berusaha untuk mendapat kelulusan agar dinaiktaraf sebagai pusat penyelidikan maya dan kini sedang giat mengusahakan pembinaan Kompleks ISDEV Berdasarkan Wakaf yang telah diluluskan Universiti dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, giat melaksanakan Program Pemerkasaan Pembangunan Akar-Umbi: Kes Komuniti Ban Nua, Thailand dengan kerjasama BJIM, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Brunei Darussalam dan TV Al-Hijrah dan menghasilkan penerbitan 12 tajuk buku warga ISDEV oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai hasil pertama kerjasama ISDEV-DBP.
  • Pusat Kualiti Universiti berjaya memastikan semua program akademik yang ditawarkan USM mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) serta memastikan semua program (prasiswazah dan pascasiswazah) yang telah mematuhi MQF akan melalui proses akreditasi penuh untuk penyenaraian dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) sebaik kohort pertama berijazah bagi membolehkan program itu diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam/badan profesional.  Program BComp.Sc. dan B.Mgt. telah melalui proses audit akreditasi penuh  manakala proses audit akreditasi program pascaijazah lama (mod kerja kursus, mod campuran dan mod penyelidikan) sudah dimulakan supaya semua program lama itu juga dapat disenaraikan dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR). Sehingga kini semua program pascasiswazah di Kampus Kejuruteraan sudah melalui proses audit akreditasi tersebut. 
  • Manakala Pusat Perkhidmatan Analitikal Toksikologi Termaju (CAATS) yang diiktiraf sebagai memenuhi NATA ISO 17025 menunjukkan pencapaian menggalakkan dari segi penjanaan pendapatan berjumlah lebih RM1.58 juta, mengadakan kolaborasi antarabangsa melalui Knowledge Transfer Programme termasuk dengan Sultan Qaboos University, ‘Institute of Food Science and Technology, dan hak penganjuran The 9th ISNS Asia Pacific.
  • Pejabat Perundangan pula berjaya menggubal dan menerbitkan Kaedah Tata Tertib yang telah ditambah baik dan digubal semula pada tahun 1999 dan yang terbaru, pada bulan Ogos 2013. Ia digubal pertama kali pada tahun 1975 dan dinamakan Kaedah-kaedah Universiti Sains Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1975 (P.U. (A) 426/75); mengeluarkan satu garis panduan dan format template untuk MoU, MoA dan NDA Universiti untuk mempercepatkan proses serta memantapkan sesuatu perjanjian yang melibatkan Universiti serta melahirkan seorang Pegawai Integriti Bertauliah yang telah menjalani latihan intensif di Akademi SPRM bagi membantu Universiti mencapai niat memerangi gejala rasuah.

 

Sementara itu, di samping kejayaan tersebut di atas, USM juga menerokai pelbagai peluang baharu melalui kerjasama dengan universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia termasuk melalui Pejabat Antarabangsa USM yang menerima pelawat dan institusi untuk tujuan kerjasama dari negara-negara Turki, Jerman,Denmark, Belanda, Switzerland, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Hong Kong, Taiwan, China, Jepun, India, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan Australia di samping Pakistan dan beberapa buah negara lain.

USM juga menghasilkan para warganya yang diiktiraf dalam pelbagai lapangan melalui pelbagai usaha, antaranya:

  • Dua orang ahli akademik muda Dr. Nik Haslinda Nik Hussain dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan Dr. Ng Eng Poh dari Pusat Pengajian Sains Kimia mengharumkan nama USM dengan mencapai pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Akademik Negara 2011-2012 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin. Dr. Nik Haslinda menerima Anugerah Penerbitan Buku untuk Anugerah Akademik Negara 2011 hasil penulisan dari penyelidikan beliau, Pentadbiran Kolonial dan Isu Pemilikan Tanah Di Kelantan 1881 – 1941 yang sebelum ini telah memenangi Anugerah MAPIM 2011 bagi kategori Buku Terbaik Kemanusiaan dan Sains Sosial yang turut tersenarai di perpustakaan luar negara termasuk British Library. Dr. Ng Eng Poh pula menerima Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Bidang Sains) untuk Anugerah Akademik Negara 2012 hasil penyelidikannya tentang mikroskopik hablur zeolite dan penggunaannya dalam pemangkinan, penulenan dan kajian toksikologi bio-sel yang bertajuk “Capturing Ultrasmall EMT Zeolite from Tenplate-Free Systems” yang diterbitkan dalam Journal Science. Beliau telah menghasilkan penerbitan dalam 22 jurnal yang kebanyakannya berimpak tinggi dengan impak faktor melebihi 3.0 dengan pembentangan kertas kerja di dalam 19 persidangan kebangsaan dan antarabangsa.
  • Profesor Dr. Abdul Latif Ahmad dari PP Kejuruteraan Kimia dan Profesor Dr. Darah Ibrahim dari PP Sains Kajihayat unggul dalam The World Inventor Festival (WIAF) apabila meraih Anugerah Penyelidik Dunia 2013 dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Seoul, Korea baru-baru ini.
  • Para penyelidik USM cemerlang dengan mendapat 13 Emas dan 2 Perak daripada 15 penyertaan di Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-24 (ITEX 2013); meraih tiga pingat emas dan satu anugerah reka cipta terbaik dalam pameran dan pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE 2013) yang berlangsung di Kuala Lumpur.
  • Para penyelidik USM memenangi 3 pingat emas, 1 perak dan 3 gangsa dalam pertandingan produk penyelidikan di Nuremberg, Jerman.
  • Profesor Dr. Fauziah Ahmad dari PP Kejuruteraan Awam pula dinobat sebagai pemenang keseluruhan bagi pertandingan rekacipta European Women Inventors & Innovators Network Exhibition, Conference & Award (EUWIIN) 2013 yang berlangsung di Stockholm, Sweden.
  • Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Profesor Dr. Hanafi Ismail dan pensyarah dari PP Sains Kajihayat, Profesor Dr. Chan Lai Keng meraih dua pingat emas dalam 6th International Invention Fair in the Middle East (IIFME 2013) di Kuwait.
  • Para penyelidik USM turut memenangi 3 pingat emas dan dua anugerah khas di pertandingan produk kategori penyelidikan institusi pengajian tinggi dan penyelidik muda sempena Pameran Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa 2013 (PECIPTA 2013) yang berlangsungdi Kuala lumpur.
  • USM meraih satu pingat emas, tiga perak dan lima gangsa dalam i-Inova yang disertai 140 produk inovasi oleh 16 institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan tujuh di peringkat antarabangsa termasuk dari  Indonesia, Brunei, Gaza, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Sudan, Pakistan.
  • Projek Variom Manusia Nod Malaysia (MyHVP) diberi kepercayaan oleh HVP Global yang berpusat di Melbourne, Australia untuk menyelaras, sekaligus mengetuai penubuhan HVP SEA setelah MyHVP berjaya mewujudkan pangkalan data yang mengandungi maklumat-maklumat genetik populasi penduduk di Malaysia sejak Oktober 2010. Projek variom manusia adalah satu inisiatif global yang berperanan sebagai satu mekanisme mengumpul dan menyusun data-data genomik, variasi penyakit dari segi klinikal dan individu dari semua kumpulan etnik di negara ini dan dikongsikan di seluruh dunia.
  • Kepakaran tenaga akademik dan pengkaji-pengkaji Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) dalam bidang berteraskan arkeologi saintifik diiktraf dunia sebagai pakar rujuk dan terlibat dalam latihan serta penghasilan modal insan arkeologi bukan sahaja di negara ini, malah di Bosnia, Sulawesi,  Sumatera, Pakistan dan sebagainya. Profesor Dr. Mokhtar Saidin dan pasukan penyelidiknya juga telah melaksanakan kerja penyelidikan di Gandhara Kashmir Smast Peshawar, Pakistan  dengan ketinggian sekitar 1200 - 2000 meter di atas aras laut dan menemui bukti-bukti arkeologi yang dapat menemukan bukti baharu pensejarahan pelbagai agama di sana hasil daripada penandatanganan memorandum perjanjian (MoA) dengan University of Peshawar (UoP) yang dimeterai di USM pada bulan April 2013.
  • Manakala dua produk penyelidikan USM, iaitu Wheelsaver dan A Novel Drug-Drug and Drug-Herb Interactions Prediction Platform berjaya memperoleh anugerah khas Bioinnovation Award dalam Pameran Reka Cipta BioMalaysia dan Bioekonomi Asia Pasifik 2013.
  • PP Ilmu Pendidikan (PPIP) pula menyumbangkan kepakaran kepada Maldives melalui penandatanganan persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pendidikan Republik Maldives yang diwakili menterinya, Dr. Asim Ahmed.
  • Bagi memantapkan kemahiran penggunaan tatabahasa, sekumpulan penyelidik PP Ilmu Pendidikan menghasilkan ‘Grammar Assessment System’ - GrAmS sebagai satu sistem penilaian tahap penggunaan tatabahasa yang lebih sistematik yang dapat mengetahui tahap kecekapan seseorang pelajar. Produk tersebut dianugerahkan Hadiah Khas daripada Korea Invention Promotion Association (KIPA) dan memenangi pingat emas di Pameran Rekacipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013).
  • Tiga projek teknologi hijau dilancarkan melalui Program Pemindahan Ilmu Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama kerajaan negeri Melaka dan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri di Melaka.
  • Lebih signifikan lagi apabila USM dipilih oleh Kerajaan bagi merintis proses penarafan impak dan output program-program libatsama komuniti yang telah dilaksanakan dan diminta untuk menjalankan proses mengukur impak dan melihat kesannya kepada pembangunan masyarakat, khasnya dalam aktiviti berbentuk khidmat komuniti, perhubungan industri, kesukarelawanan dan sebagainya. Audit yang dijalankan kemudiannya mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh USM ini.
  • USM menubuhkan pusat kerjasama dengan Institut RIKEN Jepun bagi memperkasa pembangunan penyelidikan rentas bidang yang berimpak tinggi dan menjadikannya pusat kolaborasi multidisiplin untuk mengukuhkan kerjasama penyelidikan dengan RIKEN melalui penandatanganan satu memorandum perjanjian (MoA) tahun lalu.
  • Penubuhan SEASN: Buat pertama kalinya wakil-wakil universiti di negara ASEAN berkumpul dan membincangkan hala tuju dan perancangan kelestarian untuk masa hadapan. Kumpulan ini yang dinamakan South East Asia Sustainability Network (SEASN) sebagai platform untuk perancangan mengenai kelestarian yang dihadiri oleh 27 orang wakil pelbagai institusi pengajian tinggi dan bukan universiti termasuk dari Thailand dan India.
  • Majlis Kelestarian Universiti : Untuk memastikan terdapat hala tuju yang jelas dalam segala tindakan yang berkaitan dengan usaha kelestarian di universiti yang dapat memberikan impak besar kepada negara dan dunia, USM menubuhkan Majlis Kelestarian Universiti  yang akan membina dasar-dasar yang jelas dalam akademik dan penawaran kursus, penyelidikan serta aktiviti-aktiviti kelestarian melalui penglibatan seramai mungkin warganya. 
  • Dalam penerbitan, USM mencapai kejayaan sebagai penerima untuk tiga kategori utama dalam Anugerah Buku Negara (ABN) 2013 di Kuala Lumpur termasuk Anugerah Perdana Penerbit Universiti Awam. Untuk anugerah kategori Industri Buku Umum Terbaik dimenangi melalui buku Architechture and Heritage Building in George Town Penang karya Ahmad Sanusi Hasan dan Shaiful Rizal Che Yahaya (kategori seni bina), dan Cam-Melayu Abad Ke-19: Pemberontakan dan Diaspora karya Mohamad Zain Musa bagi kategori kajian manuskrip lama.
  • Penerbit USM juga membuktikan keunggulannya apabila karya terbitannya, buku Puitika Wanita menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) baru-baru ini. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin bersempena Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013 di Kuala Lumpur. Dua lagi karya dari USM turut menerima anugerah dalam majlis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tersebut, salah satunya drama "Ini Rumah Kita" oleh Aina Nabila, pelajar tahun dua, Bahagian Kesusasteraan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK). Turut tersenarai adalah drama "Antara Bunyi Gendang Ibu dengan Tari Nihon" oleh Ahmad Hashim (staf Dewan Budaya). Sebuah lagi buku hasil karya warga USM berjudul Kanser Payudara, terbitan DBP turut memenangi Hadiah RTM-Perpustakaan Negara, dan kini sedang diulang cetak atas permintaan yang tinggi.
  • Sebanyak 15 judul buku dalam bidang perubatan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama USM dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
  • Dua orang staf Universiti Sains Malaysia merangkul anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) iaitu Rosziana Radli menerima anugerah bagi Kategori Editor Naskhah Terbaik (Hadiah Penghargaan) bagi bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial dua tahun berturut-turut serta membawa pulang hadiah wang tunai dan juga plak MAPIM dengan naskhah 'Arhitecture and Heritage Buildings in George Town Penang’ dan Ilsup Ahn, pengarang Jurnal Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities Vol. 19.1 yang memenangi Kategori Makalah Jurnal Terbaik bagi bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial.
  • USM juga menerima 42 set kerusi roda beserta alatan bantuan berjalan yang lain daripada Institut Perkembangan Kanak-kanak Rajanagarindra (Rajanagarindra Institute of Child Development - RICD), Chiangmai, Thailand untuk diagihkan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) yang memerlukannya termasuk kerusi roda serta alatan bantuan berjalan seperti tongkat dan kerusi mandi yang kesemuanya bernilai lebih RM350,000 inisiatif hasil jalinan kerjasama antara USM dan RICD dalam aspek pemindahan ilmu dan perkongsian kepakaran menerusi Program Sumbangan Kerusi Roda Percuma USM-RICD, berikutan memorandum perjanjian yang dimeterai pada Mei 2012.
  • Selain dari itu, ketokohan Staf dan Pensyarah turut menerima pengiktirafan lain seperti Pensyarah dari PP Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Dr. Chuah Lee Siang yang dipilih memenangi L’Oreal Malaysia ‘For Women in Science’ Fellowship untuk tahun 2013 dan Dr. Issham Ismail menerima Anugerah AL-Khawarizmi (Anugerah Produk Paling Praktikal) dan Pingat Emas Kategori Terbuka (Sains Sosial) dalam 4th Exposition on Islamic Innovation 2013 (i-Inova 2013), Pensyarah PP Perumahan, Bangunan dan Perancangan USM Sr. Dr. Md Azree Othuman Mydin dianugerahkan Tokoh IKON Belia Bumiputera kategori Profesional dan Akademik oleh Jabatan Perdana Menteri, manakala Manzoor Azwira Abd. Wahid, staf dari Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni, USM dipilih sebagai IKON Bumiputera Pulau Pinang 2013 Kategori Sukan di samping pensyarah Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM Profesor Dr. Abdul Rahni Mt Piah mengungguli senarai pemenang Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) tahun ini apabila dinobat sebagai Felo PERSAMA 2013.
  • Sementara itu, pelajar-pelajar juga turut mempamerkan pelbagai kejayaan, misalnya Pelajar PP Perumahan, Bangunan dan Perancangan merangkul dua hadiah utama dalam Open Ideas Competition (OIC), Langkawi Cycling and Recreational Centre (Langkawi CRC) bersempena Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 yang dianjurkan oleh Persatuan Keluli Struktur Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar seni bina dan kejuruteraan di Malaysia untuk bekerjasama dalam merekabentuk bangunan menggunakan keluli sebagai struktur dan kemasan utama.
  • Lim Chee Wei, pelajar dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) mengharumkan nama negara apabila berjaya menyumbang dua pingat emas buat kontinjen negara dalam acara berpasukan Karate Tuai di Temasya Sukan Sea di Stadium Tertutup Wunna Theik, Myanmar.
  • Sementara itu Soh Sing Siang memecahkan rekod 23 tahun yang dipegang R. Subramaniam bagi acara 800m kategori lelaki di Temasya Olahraga Tahunan (TOT) USM kali ke-39 dan dipilih sebagai atlet lelaki terbaik dua tahun berturut-turut dengan menggondol dua emas iaitu bagi kategori 1500m dan juga 800m. Dalam TOT kali ini sebanyak 6 rekod baru turut dipecahkan termasuk 3 rekod bagi kategori veteran.
  • Pelajar USM turut mengungguli Novel Research & Innovation Competition (NRIC) 2013 dengan membawa pulang 6 emas, 3 perak dan juga 1 gangsa dengan penyelidikan Ng Poh Sing, pelajar tahun akhir dari Pusat Pengajian Sains Komputer yang bertajuk The Eyes:Car Security System With Face Recognition dinobatkan sebagai Best NRIC Award dan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil.  
  • Pelajar Program Rekabentuk Dalaman PP Perumahan, Bangunan dan Perancangan yang mewakili USM dalam acara berprestij 2013 Green Award Competition telah memenangi tempat pertama dan kedua pada 12 Oktober 2013.
  • Dua orang pelajar Rekebentuk Produk dari Pusat Pengajian Seni (PPS) menjuarai Pertandingan Rekaan NST-Peugeot 2012/2013 iaitu Ahmad Syafiq Aiman Mohamed Raziff, 23 dan Nor Azieiwani Mohd Ghani, 23 yang membawa pulang pakej penuh pelancongan 5 hari/4 malam ke Paris dan Pusat Penyelidikan dan Rekaan Peugeot di Velizy, Perancis, wang tunai RM1,500 dan barangan Peugeot setiap seorang.
  • Dua orang  pelajar tahun kedua Program Reka Bentuk Dalaman, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, USM memenangi  setiap seorang satu pingat emas dalam Pertandingan Reka Bentuk "Raja Zarith Sofiah Award" yang berlangsung di Johor melalui 4 kategori yang dipertandingkan iaitu reka bentuk produk, fesyen, kraf, dan pembungkusan iaitu Amy Fadzilla Ibrahim dan Nur Fatin Amira Zakaria yang memenangi Kategori Rekabentuk Pembungkusan.
  • Pelajar tahun akhir PP Perumahan, Bangunan dan Perancangan juga Grace Aleaxander dinobat sebagai pemenang dalam The PAQS-Iwata Foundation Essay Competition 2013 yang diumumkan dalam satu kenyataan oleh setiausaha Pacific Association of Quantity Surveyors (PAQS), John Granville.
  • Pasukan Robotic Club, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan prestasi dan merangkul kejuaraan dalam Malaysia International Robotic Competition (Miroc) 2013 dengan mengekalkan penguasaan pembinaan robot untuk kategori Rope Climbing dua tahun berturut-turut sejak menyertai Miroc tiga tahun lalu. Mereka merangkul gelaran 1st Runner Up membolehkan pasukan USM Robotic Club membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000, selain turut mendapat pujian langsung dari pihak juri pada hari pertandingan dengan menonjolkan prestasi mengagumkan dari segi keupayaan dan kelajuan robot, kerana muncul antara yang terbaik dari semua peserta setelah berjaya menyelesaikan climbing task dalam tempoh 53 saat berbanding 3 minit masa yang diberi.
  • Para pelajar dan warga USM lainnya turut aktif dalam aktiviti kesukarelawanan misalnya seramai 30 orang sukarelawan Universiti Sains Malaysia mengadakan Program Sukarelawan Merentasi Asia melalui kolaborasi dengan National University of Laos (NUOL) dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di LAOS. Sukarelawan USM turut membantu dalam misi kemanusiaan di Cameron Highland apabila dilanda banjir lumpur serta di Pulau Pinang dan Trengganu apabila berlaku banjir.
  • USM turut menubuhkan Pasukan Sukarelawan dan duta MySihat: USM turut melancarkan Pasukan Sukarelawan MySihat yang terdiri daripada kira-kira 300 orang pelajar ditubuhkan bagi menjayakan agenda MySihat terutamanya  Kampus Bebas Tembakau dalam kalangan warga kampus dan sebagai agen sokongan kepada infrastruktur  kesihatan yang boleh membantu rakyat yang seharusnya bermula dengan diri sendiri di samping melahirkan kira-kira 500 orang duta yang terdiri daripada siswa-siswinya untuk promosi program kesihatan dalam kalangan masyarakat dengan menjalani latihan komprehensif yang pada akhirnya apabila mereka tamat pengajian boleh ditauliahkan untuk menjalankan aktiviti promosi kesihatan bukan sahaja dalam hal bebas tembakau tetapi juga lain-lain dengan bantuan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat), Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • USM juga akan memperkenalkan Program Zamalah Siswa Apex untuk mengetengahkan bakat-bakat dalam kalangan pelajar ijazah pertama ke dunia antarabangsa melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan juga institusi serta universiti dari luar negara dalam usaha untuk melebarkan peluang para siswazah negara ini untuk berkhidmat di mana sahaja di dunia ini dan bersaing dalam pasaran terbuka.
  • Pada tahun ini USM menerima permohonan masuk lebih 25,000 permohonan mengikuti pengajian ijazah pertama, di luar dari jangkaan dan sesetengah kursus melebihi unjuran.
  • Manakala percubaan menggunapakai sistem e-kiraan dalam proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) di ketiga-tiga kampus berjalan lancar dan menepati objektif yang ditetapkan.
  • Sementara itu, USM bakal dilengkapi dengan kompleks sukan berbumbung dan pelbagai guna, dikenali sebagai Azman Hashim-USM Sports Arena yang dijangka siap sepenuhnya penghujung 2014 dengan keluasan 54,880 kaki persegi menempatkan kemudahan-kemudahan tertentu termasuk ruang runcit dan pejabat, Pejabat Pembangunan Insaniah USM, dewan serbaguna, gimnasium eksekutif, gelanggang permainan indoor dan sebagainya.
  • USM juga menerima sumbangan dana sebanyak RM4 juta daripada Toray Group (Malaysia) untuk pembinaan TORAY-USM Knowledge Transfer Centre, sebuah bangunan empat tingkat di kampus induk USM. Dijangka siap pada tahun 2015, pusat tersebut bermatlamat untuk mempromosi, memelihara, melindungi dan menghidupkan semula budaya, tradisi, warisan dan isu-isu lain yang berkaitan yang mungkin sudah dilupakan oleh masyarakat moden hari ini, selain menjadi Repositori Ilmu yang menyediakan pelbagai kemudahan rujukan untuk penyelidik dan pelajar pasca siswazah.
  • Dalam gerakan kualiti empat pasukan yang dihantar mengambil bahagian dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) peringkat kebangsaan mendapat kejayaan cemerlang melalui penyertaan Kampus Kesihatan USM yang menghantar empat pasukan yang terdiri daripada pasukan EVO REHAB, LATERAL dan GO BEYOND ketiga-tiganya dari Hospital Universiti Sains Malaysia dan PROTECH dari Pusat Pengajian Sains Perubatan dengan kesemua memenangi anugerah emas tiga bintang dengan Kumpulan LATERAL menjadi antara 10 kumpulan teratas yang akan mewakili Malaysia dalam International ICC Convention 2014. Ia dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia merupakan satu cara paling berkesan dalam menggalakkan industri untuk meningkatkan daya saing termasuk dalam kalangan universiti.
  • Pada tahun 2013, USM turut melancarkan inisiatif baharu USM-CEO Talk Series yang menjadikan USM releven kepada semua pemegang taruh dengan mengeratkan lagi hubungan dengan industri serta berkongsi pengalaman dengan pelajar dan juga pembekal lain dengan syarahan pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Motorola Technologies Sdn Bhd (MTSB), T.T. Yew.
  • Hospital USM pulamelancarkan tarif Hospital USM yang menggunakan sistem gabungan kes melalui kerjasama dengan UNU-IIGH sejak tahun 2011 bagi memudahkan pengurusan hospital menilai serta menguruskan hal ehwal pengurusan dan kewangan dengan meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatan jagaan kesihatan yang diberikan di hospital.
  • Tidak ketinggalan para penggiat seni dan teater USM pula mengungguli kejayaan, misalnya cemerlang dalam pelbagai festival teater antaranya Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013, malah juga melakar kejayaan di Sumatera, Indonesia. USM turut menggondol tiga kejuaraan sempena Majlis Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) dan Majlis Penyerahan Sekretariat MAKUM yang berlangsung di Kuching iaitu untuk graduan sarjana Pusat Pengajian Komunikasi, Lee Kean Wei mengungguli Anugerah Skrip Terbaik dalam Pertandingan Video Dokumentari Seni Warisan dan Budaya 1 Malaysia, Blue Ocean Strategy melalui dokumentari arahannya, The Heirs. Pegawai Kebudayaan dan Penolong Pegawai Kebudayaan USM, Zulkifli Che Hussin dan Muhamad Al Hafiz Md Sani menerima Anugerah Gendang Sari Utama bagi mengiktiraf pagawai MAKUM yang paling aktif dan komited menyertai dan menganjurkan pelbagai aktiviti MAKUM dan secara keseluruhan menerima Anugerah Saron Wangsa Seri Perdana sebagai pengiktirafan kepada Universiti yang paling aktif menyertai dan menganjurkan aktiviti MAKUM.
  • PP Seni USM turut memeterai kerjasama dengan Polymer Industrial Skills and Development Center (PISDEC) bagi mewujudkan Kursus Pensijilan Polymer In Product Design 2013 untuk anak-anak FELDA melalui satu memorandum perjanjian (MoA) yang ditandatangani bagi memberi peluang kedua kepada anak-anak FELDA yang kurang bernasib baik dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan sekurang-kurangnya satu kemahiran untuk diri mereka.
  • PP Seni juga meneruskan kolaborasi antarabangsa dengan menganjurkan 2013 KSDT Malaysia International Design Exhibition dengan International Korean Society of Design Trend (KSDT) yang bertujuan untuk mempamerkan sebanyak 160 rekabentuk unik daripada artis dari negara-negara ASEAN yang berlangsung selama sebulan di kampus USM.
  • Manakala usaha Pejabat Antarabangsa USM dalam melaksanakan program pertukaran pelajar dari USM dan ke USM mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui i-Award 2012 (Internationalization Award under AIMS-ASEAN International Mobilisation of Students) yang diberikan oleh Seameo Rihed pada 20Mac 2013 yang mengiktiraf pencapaian USM dalam usaha mobiliti pelajar dalam pembangunan, promosi dan pengantarabangsaan bertaraf dunia dalam pengajian tinggi. Usaha-usaha sedemikian beserta pelbagai program untuk pengantarabangsaan dalam konteks promosi seni dan budaya serta akademik banyak dilaksanakan sepanjang tahun 2013. Ini termasuklah International Work Summer Work Program and International Internship melalui keanggotaan dalam AIESTE (The International Association for the Exchange of Students for Technical Experience), organisasi berdaftar di Luxembourg yang menawarkan peluang pertukaran pelajar; penganjuran Program ‘Internationalisation at Home’ dan pelbagai aktviti lain.

 

USM akan terus melangkah gagah mencapai aspirasi APEX Fasa 2 dan meneruskan moto Kami Memimpin dalam semangat Saya Sayang USM yang akan menterjemahkan usaha Bersama-sama Untuk Kecemerlangan Universiti – BUKU 2014 dan merealisasikan hasrat keterangkuman, kelestarian dan kecemerlangan sebagai asas berteraskan Kami Sayangkan USM yang bermula dari Saya Sayang USM.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 3079

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024