USM BUKA PERMOHONAN MASUK IJAZAH PERTAMA
Universiti Sains Malaysia (USM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon mengikuti satu daripada 71 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dengan mengemukakan permohonan secara atas talian (online application) untuk sidang akademik 2014/2015.
Calon-calon mestilah terdiri daripada kalangan lepasan Matrikulasi/Asasi, lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013, lepasan diploma/setaraf seperti IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain.
Mereka yang berminat boleh melayari pohon@usm dengan mendapatkan nombor PIN USM - PERDANA di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksimum lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2013 dan STPM 2013, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf.
Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah 8-20 Mei 2014. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada akhir April 2014 di pohon@usm.
Maklumat lanjut hubungi telefon – 04. 653 3196; 653 4663, 653 3073 atau 1 300 888 876 atau emel:
- Created on .
- Hits: 2761