USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

RAZIF WAKIL TUNGGAL USM DALAM IKON VARSITI

DSC pi
 

PUTRAJAYA, 20 Januari 2014 - Muhammad Razif Abdul Razak, 23, adalah calon tunggal Universiti Sains Malaysia (USM) dalam pencarian Ikon Varsiti 2013 anjuran Berita Harian (BH) yang masuk edisi ke-2 penganjurannya pada tahun ini.

Tercalon antara tiga pelajar dalam kategori Ikon Rekacipta, Razif adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia) dan sekarang menimbang tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Osaka dan juga United Kingdom.

Beliau yang sekarang bekerja sebagai Pegawai Penyelidik adalah pemenang pingat emas dalam British Invention Show 2013 yang berlangsung di London baru-baru ini.

"Saya sangat terharu, gembira dan terkejut dipilih sebagai salah seorang calon Ikon Rekacipta Ikon Varsiti. Saya tahu ramai lagi yang menghantar penyertaan dan nyata nasib menyebelahi saya," kata Razif.

Ikon Varsiti 2013 yang dianjurkan dengan tujuan mengiktiraf bakat pelajar institusi pengajian tinggi dalam pelbagai bidang iaitu kepimpinan,  keusahawanan, kesukarelawanan, inovasi sosial, pengantarabangsaan dan sebagainya.

 

DSC 0025

 

Dalam pada itu, Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Badrulhisham Othman berkata, Anugerah Ikon Varsiti 2013 diharap dapat menonjolkan penuntut IPT yang cemerlang dalam akademik dan juga kokurikulum selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan bakal graduan yang holistik.

``Peserta dipilih berdasarkan pembabitan aktif dalam pelbagai bidang atau kokurikulum selain kecemerlangan dalam kademik. Pemilihan Ikon Varsiti ini juga diharap dapat menjadi contoh yang positif untuk generasi muda di negara ini,’’ ujar beliau ketika berucap pada Majlis Pengumuman Finalis Anugerah Ikon Varsiti BH 2013 di Everly Hotel, di sini baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Ibrahim Ali yang memberikan sijil kepada finalis-finalis setiap kategori untuk Anugerah Ikon Varsiti BH 2013.

Pengundian untuk memilih ikon varsiti 2013 akan mula dikeluarkan dalam sisipan Varsiti BH bertarikh 23 Januari 2014. Teks:Nor Rafizah Md. Zain/Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 1565

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024