USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR MENANG HADIAH UTAMA DI SWITZERLAND

 MG 9977 jpg

PULAU PINANG, 23 Januari 2014 – Empat orang pelajar tahun akhir dari Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) telah memenangi tempat pertama dalam Hilti IT Innovation Competition 2014 yang berlangsung di Switzerland minggu lalu. Para pelajar tersebut ialah Soh Sin Siang, Oh Ying San, Wong Wan Ping dan Jonathan Ng Zhen Yuan.

Kumpulan mereka yang membentangkan idea mengenai “Emotion intelligence. Communication. Link-up the employees” (Ec-Link) telah mengalahkan 10 kumpulan lain daripada Switzerland, Netherlands, Korea, Austria, Liechtenstein, USA, Germany, Indonesia dan juga Malaysia. Ec-Link adalah idea untuk mengenalpasti emosi seseorang dalam telesidang yang diadakan.

Contohnya, di dalam satu mesyuarat yang menggunakan sistem telesidang, pembentang boleh mengenalpasti emosi seseorang ahli mesyuarat sama ada fokus atau tidak, ataupun sama ada mereka gembira atau sebaliknya semasa mesyuarat itu berlangsung walaupun di tempat yang berbeza.

Dengan tema ‘Communication and Collaboration. Anytime. Anywhere.’, pertandingan ini bertujuan bagi mendapatkan idea untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan pelanggan dan sesama staf Hilti, penyusunan maklumat, penyediaan manual serta mewujudkan satu kumpulan pasukan yang bekerjasama.

Hilti ialah sebuah syarikat penyediaan teknologi canggih untuk industri pembinaan global. Para pekerja Hilti berhubung secara langsung dengan pelanggan di tapak pembinaan dan menyediakan penyelesaian bagi masalah berkaitan pembinaan kompleks.

WP 20140110 18 44 56 Pro

Para pelajar tersebut memenangi pakej penginapan lima malam ‘once-in-a-lifetime’  ke salah sebuah negara di Eropah atau Amerika untuk bertemu dengan para ahli Hilti dan juga berpeluang untuk lebih mengenali Hilti dan juga rakan-rakan strategik syarikat berkenaan. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Sumbangan pelajar 

  • Created on .
  • Hits: 1636

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024