USM BUKA TAWARAN IKUTI PENGAJIAN PERUBATAN DI INDIA
Universiti Sains Malaysia (USM) membuka tawaran untuk calon-calon yang berkelayakan mengikuti USM-KLE International Medical Programme pengambilan September 2014 untuk sidang akademik 2014/2015.
Program ini mula ditawarkan oleh USM di India pada tahun 2010 sebagai satu lagi pilihan untuk mereka yang berminat untuk mengikuti pengajian perubatan dengan mendapat ijazah yang dikeluarkan oleh USM.
Mereka yang dipilih akan mengikuti program pengajian sains perubatan selama lima tahun di USM-KLE Belgaum, India.
Permohonan dalam talian kini boleh diakses melalui https://pohon.usm.my/india. Permohonan ini terbuka kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi/ Recognised Foundation, A-Level, IB, SAM, CPU, Diploma dan yang setaraf. Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 Jun 2014.
Maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol: 1 300 888 876 atau emel
- Created on .
- Hits: 1834