NC UCAPKAN TAHNIAH KEPADA ALUMNI
PULAU PINANG – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Omar Osman merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan alumni USM, Aloyah Mamat, 57, sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baru mulai 5 Februari 2014, menggantikan Datuk Seri Alias Ahmad yang telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada tarikh yang sama.
Aloyah sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen. Anak kelahiran Melaka itu memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan USM pada tahun 1982.
“Saya mengucapkan tahniah dan sangat berbangga dengan pencapaian Aloyah ini serta berharap beliau akan berkongsi pengalaman beliau dengan mahasiswa yang ada serta bersama-sama membantu universiti pada masa hadapan,”kata Omar.
Aloyah mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1989 di Kementerian Luar Negeri. Teks: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal
- Created on .
- Hits: 1320