USM RANGKUL TIGA PINGAT EMAS SUKIPT 2014
SHAH ALAM, 7 Februari 2014 – Universiti Sains Malaysia (USM) merangkul tiga pingat emas dalam Taekwando dan satu pingat perak acara Judo dalam Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang berlangsung di sini bermula 4-12 Februari. Kategori yang membawa pulang pingat emas adalah perseorangan wanita, wanita berpasukan dan juga pasukan campuran acara poomsae Taekwando.
Jocelyn Chai Shwuin merangkul pingat emas bagi kategori Poomsae perseorangan wanita adalah atlit kebangsaan yang pernah bertanding di Kejohanan World Poomsae Championship baru-baru ini. Jocelyn juga telah dinobatkan sebagai olahragawati semasa Majlis Anugerah Sukan USM 2013.
Tan Choy Gin, atlet Judo wanita pula memenangi pingat perak dalam kategori 48-52 kilogram. Pencapaian tersebut meletakkan USM di tangga keempat di hari ketiga pertandingan.
SUKIPT adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan diadakan setiap dua tahun telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin disertai oleh 104 kontinjen meliputi 8000 atlet, 2500 pegawai dan 1500 sukarelawan.
USM menghantar seramai 75 orang atlet lelaki dan 65 orang atlet lelaki untuk 17 acara termasuk badminton, catur, olahraga, woodbal dan lawan pedang. Musang Pandan dipilih sebagai maskot acara sebagai lambing kelincahan dan kepantasan selaras dengan atlit-atlit yang bakal lahir melalui SUKIPT.
Semua warga USM boleh mengikuti perkembangan atlet SUKIPT di laman sesawang http://sukipt.com.my/ Teks: Nor Rafizah Md Zain
- Created on .
- Hits: 999