USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JOHAN BOLASEPAK MAKSAK 2014

DSC 0824

PULAU PINANG 17 Februari 2014 – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi membuktikan kejaguhan dan kehebatan mereka dalam sukan bolasepak apabila kedua-dua pasukan senior dan veteran muncul johan dalam Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Anggota Kerajaan Negeri Pulau Pinang (MAKSAK 2014) yang berlangsung dari 15-16 Februari 2014 di Padang Sukan USM.

Menurut pengurus pasukan USM Senior, Noor Azrollyzam Zulkifli, tempoh singkat dalam mengumpul pemain tidak menghalangnya membentuk sebuah pasukan yang mantap dan bertenaga.

“Kami hanya sempat mengumpul para pemain dalam masa tiga hari sahaja, namun berkat usaha dan disiplin yang tinggi, serta sokongan dan doa dari pengurusan tertinggi Universiti, berjaya juga merealisasikan impian muncul juara sekali lagi, sekaligus mempertahankan gelaran yang dimenangi pada tahun lepas.”

DSC 0839

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang A, USM Senior melenyapkan harapan Hospital Pulau Pinang (HPP) menerusi jaringan tunggal Mohamad Zaharin Zakaria pada minit ke 10.

Bagi USM Veteran pula, keputusan seri 0-0 yang dicatatkan pada perlawanan pertama dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), dijadikan motivasi bagi melangkah lebih jauh dalam kejohanan ini.

Pengurus USM Veteran, Mohamad Noor Abdul Aziz menyifatkan, sikap percaya pada kemampuan pemain masing-masing, menjadi rahsia kejayaan pasukan.

DSC 0895

“Seperti sedia maklum, usia dan stamina memainkan peranan besar dalam kejohanan seperti ini, tetapi kesungguhan dalam padang membuatkan mereka beraksi seperti pemain ‘remaja’,”ujarnya.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjadi mangsa bidikan USM Veteran pada perlawanan akhir apabila tumpas melalui sepakan penalti 4-3 setelah terikat 1-1 dalam masa permainan penuh.

Johan MAKSAK 2014 menerima piala iringan, medal dan sijil yang disampaikan wakil Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Zulkifli Ismail.

DSC 0871

Berikut keputusan penuh Bolasepak MAKSAK 2014 :

USM Senior

Keputusan

USM Veteran

Keputusan

Perlawanan

Perlawanan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)

1-0

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)

0-0

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKNM)

2-0

Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

3-1

Pejabat Tanah & Galian (PTG)

4-0

Jabatan Penjara

4-0

Jabatan Imigresen

3-0

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

3-0

Suku Akhir – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

1-0

Akhir – Polis Diraja Malaysia (PDRM)

4-3

(Penalti)

Separuh Akhir – Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)

1-0

 

Akhir – Hospital Pulau Pinang (HPP)

1-0

 

 Teks/Foto : Mohamad Danial Shahri

  • Created on .
  • Hits: 1511

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024