USM ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN ALUMNI MELAKA
Universiti Sains Malaysia (USM) menjemput semua bekas pelajarnya di Melaka untuk berjumpa dan merapatkan hubungan untuk saling membantu pada masa hadapan.
“Hasrat kami adalah untuk mengajak para alumni USM untuk sama-sama memainkan peranan dalam membantu masyarakat dan memberi sumbangan dalam jangka panjang,” kata Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman.
Perjumpaan akan diadakan pada hari Ahad, 23 Februari 2014, jam 2.30 petang di Dewan UTeM 1, Bangunan Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Kampus Industri, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh Melaka.
Menurut Omar, USM juga telah menjemput Y.A.B Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron menghadiri majlis untuk sama-sama mengeratkan hubungan dengan para alumni USM.
“Pada masa yang sama USM menjalinkan kerjasama pintar dengan universiti awam lain dalam mengadakan acara seperti ini dengan harapan dapat saling bersinergi kekuatan untuk pembangunan negara,” tambah Omar lagi.
Para alumni USM di Melaka bolehlah menghubungi Mohamad Abdullah, Pengarah Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni USM di talian 046533105 atau emel
- Created on .
- Hits: 864