KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI KUFS KE USM
PULAU PINANG, 18 Februari 2014 - Delegasi dari Kyoto University of Foreign Studies (KUFS) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman di pejabatnya hari ini.
Delegasi KUFS diketuai oleh Canselor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KUFS, Profesor Dr. Yoshikazu Morita bersama tiga pegawai atasannya iaitu Dekan Pusat Kerjaya, Profesor Hiroaki Ikezaki; Dekan Jabatan Pertukaran Antarabangsa, Profesor Toshiki Kumagai; and Ketua Pejabat Perhubungan Awam, Takuya Yokoyama.
Kunjungan tersebut adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua universiti yang telah sedia terjalin sekaligus mengukuhkan jaringan antarabangsa melalui peluang-peluang kerjasama yang berpotensi untuk dilaksanakan bersama oleh USM dan KUFS.
Yoshikazu juga menjemput Omar untuk mengadakan lawatan ke KUFS.
Lawatan delegasi KUFS ke USM tersebut adalah di bawah jemputan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM.
Selepas kunjungan hormat tersebut, mereka telah menghadiri sesi perbincangan Asia Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) di USM. - Terjemahan: Tan Ewe Hoe/Teks dan Foto: Yong Check Yoon
- Created on .
- Hits: 950