DATUK ABDUL RAHIM ABU KETUAI SEKRETARIAT ALUMNI USM MELAKA
AYER KEROH, MELAKA, 23 Februari 2014 - Bekas seorang aktivis sosial, pensyarah dan alumni pengajian jarak jauh Universiti Sains Malaysia (USM) tahun 1984 telah dipilih menerajui Sekretariat Alumni USM Melaka hari ini.
Datuk Abdul Rahim Abu bersama-sama rakan-rakan lain akan menerajui usaha memperkukuhkan alumni USM di negeri Melaka dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat menzahirkan konsep Saya Sayang USM, 1USM dan Terima Kasih USM melalui pelbagai usaha yang berterusan pada masa hadapan.
"Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan hasrat murni USM ini dan memastikan hala tuju yang ada akan dapat dilaksanakan dengan sewajarnya," katanya berucap selepas pelantikan dibuat di majlis perjumpaan alumni USM Melaka yang pertama di Dewan Kampus Industri Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini yang dihadiri seramai 50 orang alumni USM Melaka.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka Datuk Wira Haji Md. Yunos Husin, Naib Canselor USM Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar) USM Profesor Dr. Adnan Hussein dan Pengarah Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni USM Mohamad Abdullah.
Sekretariat Alumni USM Melaka terdiri daripada:
- Datuk Abdul Rahim Abu (Sastera 1984)
- Datin Nor Mottahatti
- Hassan Abdul Motalip (Komunikasi 1994)
- Loh Chee Cheong (Pendidikan 2001)
- Mohamad Firdaus Abu Bakar (Kejuruteraan Polimer 2006)
- Sivakumar (Perumahan, Bangunan dan Perancangan 1998)
- Thaivanai (Sastera Pendidikan 1998)
- Dr. Burhanuddin (Sarjana Sains Matematik 2004)
- Dr. Hanizam
- Hj. Zainal Abidin
- Nur Alifah Md. Amin
- Muhamad Firdaus Asuar (Sains Gunaan 2005)
TEKS: MOHAMAD ABDULLAH/TAN EWE HOE
- Created on .
- Hits: 1571