USM RANGKUL KEMENANGAN 100 PERATUS
PULAU PINANG, 24 Februari 2014 – Universiti Sains Malaysia (USM) merangkul kemenangan seratus peratus dalam Malaysia Technology Expo 2014 (MTE 2014) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini. USM menghantar sebanyak 16 penyertaan dan memenangi enam pingat emas, lima pingat perak dan juga lima pingat gangsa.
Hasil penyelidikan pensyarah Pusat Pengajian Sains Kimia, Profesor Madya Dr Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim mengungguli penyertaan dengan memenangi pingat emas dan juga anugerah khas juri dengan menghasilkan penyembur karat yang mesra alam dinamakan LignoRust: An Ecofriendly Rust Converter.
“LignoRust ini dihasilkan daripada kelapa sawit dan bahan-bahan buangan industri pertanian yang mesra alam dan juga lebih murah. Lignorust tiga dalam satu ini juga boleh digunakan sebagai penanggal karat, penukar karat dan pelincir,” kata Mohamad Nasir ketika ditemui di MTE.
Selain itu, pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Profesor Dr Fong Soon Fook menghasilkan Esignnet iaitu aplikasi untuk belajar bahasa isyarat merangkul pingat emas dan juga Anugerah Khas. Esignet bukan sahaja untuk golongan cacat pendengaran malah untuk semua yang ingin belajar bahasa isyarat.
Empat lagi pingat emas dimenangi oleh Profesor Dr Zhari Ismail; Labeesity: Standardised Herb Extract For Weight Reduction, Dr Shahrom Mahmud; New Zinc Boiling Pilot Plant, Profesor Dr Ir Mohd Omar Ab Kadir; SCCO2 Mango Fat Hard CBR dan juga Dr Zaini Abdul Halim; Electronic Kit To Detect Sulphate Reducing Bacteria.
Pemenang-pemenang lain adalah seperti di bawah :-
PINGAT PERAK
Profesor Dr Ahmad Fauzi Mohd Noor – Hydrothermal Hexagonal TiO2 Nanotubes Photocatalyst
Profesor Dr Nik Norulaini Nik Ab Rahman – SC-C02 Sterilizer
Profesor Madya Dr Chow Wen Shyang – Environmental Friendly NanoFR-Coating for Epoxy Hybrid Laminates
Dr Hj Issham Ismail – PE for Community Engagement (PE4CE)
Dr Mardiana Idayu Ahmad – HYBRID ERV
PINGAT GANGSA
Profesor Dr Kamarulazizi Ibrahim – USM-SAM (Sustainability Assessment Methodology)
Profesor Dr Munir Shuib – MyGrammer Test (MyGraTe)
Profesor Madya Dr Amirul Al-Ashraf Abdullah – ReCo – Biodegradable Wound Healing Scaffolds
Dr Jamalsafri Saibon – HATI BUDDY: CD-I/ Mobile Apps
Dr Gan Chee Yuen – PARKIA-BIOPEP
Teks dan Foto : Nor Rafizah Md Zain
- Created on .
- Hits: 1529