USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKSIS USM TAWAN GUNUNG KINABALU

060314-10A

PULAU PINANG, Feb 2014  – Sekumpulan 13 orang pelajar Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi atau lebih dikenali sebagai Kor SUKSIS Universiti Sains Malaysia (USM) dan pegawai USM telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.

“Semua peserta berjaya menawan puncak gunung kinabalu yang jaraknya hampir 8.6 km dan ketinggian 4.0952 km walaupun tidak dapat memulakan program pada hari yang ditetapkan akibat hujan lebat dan kabus tebal,” kata Mohd Fadzil Azizan, pelajar tahun tiga jurusan Bahasa Melayu di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan yang juga Pengarah Projek Eksplorasi Merentas Kinabalu.

060314-29

Pendakian Gunung Kinabalu tersebut adalah acara kemuncak bersempena projek Eksplorasi Merentas Kinabalu Untuk Kesejahteraan Komuniti (EM3k) dengan tema Sukarelawan Melestarikan Bumi Kinabalu. Program tersebut adalah anjuran bersama SUKSIS USM dan juga SUKSIS Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diadakan di Kampung Dumpiring dan Sekolah Kebangsaan Kundasang, Sabah.

060314-30A

Semua projek yang dijalankan iaitu ‘Celik IT’ dan ‘Jejak Menara Ilmu‘ menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat kampung dan juga pelajar sekolah. Program ceramah dan motivasi kepada pelajar sangat menyentuh hati serta kempen penjimatan elektrik dan air diterima oleh semua pihak.  

“Selain itu kami juga diperkenalkan dengan kebudayaan masyarakat setempat meliputi aspek makanan, cara hidup, budaya menyambut tetamu dan tarian suku kaum Dusun.

“Kami juga berasa sungguh gembira kerana tidak melepaskan peluang untuk mandi manda di Poring Hot Spring dan juga berjalan malalui ‘titi gantung' atau 'canopy walk' yang paling tinggi di Sabah.

P2150074

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengurusan tertinggi USM dan juga UMS yang membantu merealisasikan projek ini,” kata Mohd Fadzil.Tekd: Nor Rafizah Md Zain / Foto:  Sumbangan SUKSIS USM

  • Created on .
  • Hits: 1124

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024