USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TANDATANGANI PERSEFAHAMAN DENGAN QSE QATAR UNTUK KOLABORASI MAJUKAN TEKNOLOGI HIJAU

1896780 10203349381079649 322330788 n

DOHA, QATAR, 5 Mac 2014 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini memeterai persefahaman dengan syarikat Qatar Solar Energy (QSE) untuk menjalankan kolaborasi dalam bidang penyelidikan dan industri.

Naib Canselor USM Profesor Dato' Dr. Omar Osman yang sedang dalam laawatan kerja di Qatar berkata, USM berhasrat untuk memanfaatkan hubungan terus kerjasama industri ini sepenuhnya dalam memajukan rangka kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pembangunan prototaip produk.

"USM akan menghantar pasukan kerja dalam kalangan para penyelidik R&D untuk memulakan perbincangan usahasama dalam kesedaran teknologi hijau serta membangunkan keupayaan bakat dan sumber manusia bersama-sama QSE," kata Omar.

Tambahnya lagi, kedua-dua pihak juga akan menjalankan kolaborasi penyelidikan untuk teknologi hijau dan kecekapan tenaga berasaskan teknologi termaju yang diperoleh QSE bersama rakan strategiknya.

Di samping itu, persefahaman ini membolehkan USM menghantar warganya sama ada dalam kalangan staf mahu pun pelajar untuk menjalankan program internship di QSE satu masa nanti.

Persefahaman awal ini dipersetujui oleh Omar bagi pihak USM manakala Ketua Pegawai Eksekutif QSE, Salim Abbasi mewakili pihak syarikat tersebut.


"QSE memiliki pusat penyelidikannya sendiri yang dikenali sebagai Al Jazari Solar Research Institute yang turut menempatkan pengeluaran prototaipnya. Kilang QSE pula nanti yang dijangka beroperasi dalam tempoh 12 bulan yang dijangka mengeluarkan panel solar yang mampu menghasilkan bekalan tenaga lingkungan 1 Gigawatt setahun untuk pasaran domestik," kata Salim Abassi.

10014533 10203349382599687 1146732797 n

Hadir sama ialah ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM Profesor Dr. Muhamad Jantan, Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer USM Profesor Dr. Ahamad Tajudin Khader dan Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Perkhidmatan Awam, Dr. Musa Ali. Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Tan Ewe Hoe 

  • Created on .
  • Hits: 970

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024