KARNIVAL KEUSAHAWANAN DEKATKAN USM DENGAN MASYARAKAT
Para pengunjung khususnya masyarakat di utara Semenanjung Malaysia dipelawa untuk mengunjungi Karnival Keusahawanan USM (USMEC) yang akan berlangsung pada 14-16 Mac ini di Padang Kawad USM dan Dewan Utama Pelajar serta dibuka kepada pengunjung bermula jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang.
Melalui penganjuran karnival bertemakan Keusahawanan Untuk Semua yang julung kalinya diadakan ini, USM akan mempamerkan produk-produk penyelidikan yang inovatif dan merangkumi produk-produk penyelidikan dalam pelbagai lapangan termasuk yang berbentuk perkhidmatan seperti Khidmat Rundingan, Latihan dan juga Kesenian.
Tujuan USMEC adalah memperkenalkan hasil penyelidikan serta meningkatkan potensi minat dalam bidang keusahawanan. Ia dijangka akan melibatkan pameran lebih 100 produk penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersialkan.
Sebanyak lebih 60 peserta IPTA dan IPTS dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang akan mengambil bahagian dalam karnival bagi pameran koridor niaga, agrotek dan industry. Di samping itu turut diadakan persembahan daripada Arja Lee, Faizul AF8, DBBand, Hafiz Hamidun dan ceramah oleh Ustaz Taha yang akan memeriahkan dan menyambut kehadiran pengunjung.
Antara agensi yang disahkan mengambil bahagian adalah PROTON, PERODUA, MARDI, FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan banyak lagi. Semua dijemput hadir memeriahkan lagi karnival untuk semua ini.
- Created on .
- Hits: 1340