USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CUCU SAUDARA JURU TERBANG MOHON JANGAN SEBAR SPEKULASI

IMG 5236

PULAU PINANG, 9 Mac 2014 - Cucu saudara Kapten Zaharie Ahmad Shah juru terbang MH370,   Muhammad Nifhail Zambri, 21,  berharap agar semua pihak  berdoa untuk keselamatan mereka yang terlibat.

Pelajar tahun dua Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh melukakan hati keluarga mereka yang terlibat dan melahirkan rasa kecewa dengan sesetengah dakwaan yang dibuat.

Nifhail dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan  datuk saudaranya itu ditemui selepas menyertai solat sunat hajat anjuran USM selepas solat isyak tadi yang menyifatkan datuk saudaranya itu sangat cintakan dunia penerbangan.

IMG 5238

"Sebagai ahli keluarga terdekat, sesetengah perkara yang dicakapkan oleh pelbagai pihak itu melukakan hati kami sedangkan kami amat bimbang keselamatan datuk saudara saya dan semua penumpang,” katanya lagi.

Nifhail menyeru agar semua pihak terus berdoa dan berusaha bagi memastikan keselamatan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777-200 itu.

Teks/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1985

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024