USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USMEC TAMPIL KELAINAN

140314-1

PULAU PINANG, 14 Mac 2014 -  Karnival Keusahawanan Universiti Sains Malaysia (USM) atau USM Entrepreneurship Carnival (USMEC) menampilkan kelainan dengan menggabungkan bidang keusahawanan dengan tiga bidang iaitu agrotek, penyelidikan dan juga industri. USMEC yang diadakan di Padang Kawad dan juga di Dewan Utama Pelajar USM telah disertai oleh lebih 100 orang penyelidik dan juga usahawan.

Menurut Naib Canselor USM Profesor Dato Dr Omar Osman ini adalah sesuatu usaha yang baru serta membuka lebih banyak peluang dan golongan yang akan menceburi bidang keusahawanan bertambah.

140314-3

140314-4

"USMEC melibatkan pameran dalam bidang agrotek adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa sesiapa sahaja boleh menceburi bidang tersebut walaupun dalam keterbatasan kawasan atau tanah untuk pertanian seperti penanaman hidroponik.

"Selain itu ianya juga sesuai kepada semua lapisan masyarakat pada masa ini dalam menghadapi kenaikan harga barang terutamanya bahan mentah," kata Omar.

USMEC merupakan satu platform bagi para penyelidik dan juga orang awam untuk meneroka dan memahami bidang keusahawanan dengan lebih mendalam. Melalui USMEC, para penyelidikdapat mempamerkan hasil penyelidikan mereka kepada orang ramai serta mencari rakan kongsi perniagaan.

140314-5

140314-2

Bagi meneruskan bidang keusahawanan ini, ia boleh diterapkan daripada pelajar ke peyelidik. Kombinasi pelajar dan penyelidik mampu menghasilkan satu impak positif yang besar serta memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan idea serta bakat yang sudah sedia ada.

“USMEC yang buat pertama kalinya diadakan akan dijadikan acara tahunan dengan sambutan yang menggalakkan dan USM mengalu-alukan penglibatan pihak yang berwajib untuk menyertainya pada masa akan datang," kata Omar ketika merasmikan USMEC.

USMEC adalah anjuran bersama Pusat Pembangunan Perniagaan, Keusahawanan dan Pengurusan Risiko (CBER) dan juga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan diadakan selamat tiga hari.

140314-6

"LPP telah lama menjalinkan kerjasama dengan USM dan berbangga dengan pencapaian Kelab MyAgrosis di bawah pengawasan LPP dan sokongan pihak USM terutamanya daripada Naib Canselor," kata Pengerusi LPP Dato' Haji Zainal Dahalan ketika melancarkan Kelab MyAgrosis USM dalam majlis yang sama.

Menurut Omar lagi ramai pelajar USM telah menyertai bidang keusahawanan dan Kelab MyAgrosis berjaya mendapatkan 700 keahlian, mewujudkan K-Shoppe serta Rumah Cendawan yang mampu menempatkan 5000 bongkah cendawan.

140314-7

IMG 9518

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Pengerusi USMEC, Datin Dr Joriah Muhammad serta Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin dan Yang Dipertua Kelab Myagrosis Saudari Nur Aktika Jamil. Teks: Nor Rafizah Md Zain dan Shazreen Sahimi / Foto: Mohd Fairus Md. Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1395

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024