ALUMNI USM DIJEMPUT HADIR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ALUMNI USM KE-18
Universiti Sains Malaysia (USM) mengalu-alukan dan menjemput kesemua alumninya untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Alumni (PA) USM Ke-18 pada hari Sabtu, 22 Mac 2014, jam 9.00 pagi di Anjung Budi, USM Pulau Pinang.
Pengarah Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni (PPPA) USM, Mohamad Abdullah berkata, pertemuan sempena AGM itu diharap dapat menjadi platform untuk para alumni berganding bahu dengan USM untuk pembangunan masa depan universiti serta memberi khidmat kepada masyarakat dan negara secara bersama dalam satu pasukan.
Katanya, PPPA berperanan aktif dalam memperkasa jalinan antara alumni USM dengan universiti bagi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak melalui pelbagai program yang diatur secara berterusan sepanjang tahun.
``Kita akan sedaya-upaya mendekatkan seluruh warga Alumni USM yang telah melepasi bilangan ke 130,000 orang dan berharap lebih banyak idea dapat disumbang bagi menambah baik program-program yang dirangka,’’ katanya.
Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dijangka akan merasmikan program tersebut, sekaligus beramah-mesra dengan para alumni yang hadir.
Presiden Persatuan Alumni pada ketika ini ialah Mohamed Talhah Idrus. Beliau dilantik pada Mesyuarat Agung PA USM yang ke-17 bagi sidang Jawatankuasa Eksekutif PAUSM 2013/2015.
Pada hari yang sama, pihak PA akan turut membuka Kaunter pendaftaran bagi menyertai Alumni Portal Gateway dan pendaftaran untuk ahli-ahli baru. Pengesahan kehadiran boleh dibuat dengan menghubungi PA USM melalui emel
Maklumat berkenaan mesyuarat juga boleh dilayari melalui :
i) Website PAUSM - http://www.ausm.com.my/
ii)Facebook PAUSM - https://www.facebook.com/events/640243666022837/?ref_dashboard_filter=calendar
- Created on .
- Hits: 1017