USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAM BUMI KENYALANG MERIAH

280314-7

PULAU PINANG, 30 Mac 2014 – Perkumpulan Anak-anak Sarawak (PERKASA) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Malam Bumi Kenyalang (MBK) dan mendapat sambutan yang menggalakkan serta meriah oleh para pelajar dari negeri Sarawak dan juga negeri-negeri lain.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman berkata program sebegini adalah salah satu cara untuk merapatkan hubungan para pelajar di samping memperkenalkan adat dan budaya pelbagai masyarakat asal negeri Sarawak.

“Penganjuran MBK buat kali yang keempat pada tahun ini telah menarik penyertaan tujuh buah universiti tempatan lain dalam pertandingan persembahan kebudayaan dengan menampilkan hampir 100 orang siswa siswi,” tambah Omar.

280314-8

Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Universiti Teknologi MARA di tempat pertama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kedua dan Universiti Putra Malaysia, ketiga. Universiti lain yang mengambil bahagian selain USM adalah Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Menurut Penasihat PERKASA, Fadzilla Bosman, tiket jualan telah diulang cetak sebanyak dua kali dengan jumlah melebihi 1500 keping tiket yang berharga RM5.00.

280314-9

“Buat pertama kalinya MBK diadakan di Dewan Tunku Syed Putra dan saya sangat kagum dengan sambutan yang menggalakkan ini dan ianya juga memberikan saya semangat untuk menganjurkan program ini pada masa akan datang,” kata Pengarah Projek MBK, Lucia Empina Harry.

280314-10

MBK tahun ini dengan tema Living The Legacy of Lands of Hornbill adalah sejajar dengan tema Tahun Melawat Melaysia 2014 iaitu Celebrating 1Malaysia Truly Asia.

Turut hadir ialah Timbalan Pendaftar Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Husin Yahaya, Yang Dipertua PERKASA 2013/2014, Stephanie Lonna Juti dan Yang Dipertua Majlis Pewakilan Pelajar, Mohamad Shafiq Kamaruddin. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1599

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024