USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROJEK CEMERLANG WAJAR DIBERIKAN INSENTIF GERAN

010414-11

PULAU PINANG, 1 April 2014 – Individu atau kumpulan yang diiktiraf menerima Sijil Kecemerlangan dan Sijil Penghargaan Libatsama Komuniti dan Industri wajar dipertimbangkan untuk diberikan geran sebagai insentif kepada usaha keras mereka.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, cadangan tersebut disifatkan sebagai satu dorongan untuk mereka yang diiktiraf melebarkan program-program memperkasa masyarakat secara berterusan.

Katanya, walaupun pengiktirafan pada masa ini tidak berbentuk insentif kewangan, namun Universiti mencadangkan agar mereka yang cemerlang itu diberi geran untuk melaksanakan projek-projek yg berimpak tinggi di tempat lain.

``Dengan cara ini kita akan berupaya menggalakkan lebih ramai pensyarah dan pelajar yang menjalankan penyelidikan yang bersesuaian yang dapat dipindahkan kepada masyarakat untuk meningkatkan sosio-ekonomi mereka,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Kecemerlangan dan Sijil Penghargaan Libatsama Komuniti dan Industri buat kali kedua anjuran Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM) di sini semalam.

BJIM mengiktiraf warga dan bukan warga USM yang melibatkan diri dalam program atau projek libatsama komuniti pada tahun 2013.

Menerusi majlis ini, sembilan Projek Berimpak Tinggi Libatsama Komuniti & Industri telah diberikan pengiktirafan termasuk tujuh projek pusat pengajian di Kampus Induk dan selebihnya di Kampus Kesihatan.

010414-13

Antaranya ialah Pertanian Cendawan Tanpa Sisa Buangan oleh Dr. Foong Swee Yeok (Pusat Pengajian Sains Kajihayat), Projek Ujdepok oleh Hamid Mohd Isa (Pusat Penyelidikan Arkeologi Global) dan Program Kembara Asia Tenggara: Misi Jejak Peperangan, Perbincangan Meja Bulat dan Khidmat Komuniti PALAPES Kemboja oleh Lim Kok Kheng (PALAPES).

Selain itu, tujuh pusat pengajian turut menerima Sijil Pusat Cemerlang Libatsama Komuniti & Industri iaitu Pusat Pengajian Seni, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian, Pusat Pengajian Sains Fizik, Pusat Pengajian Sains Farmasi, Pusat Pengajian Ilmu endidikan, Pusat Pengajian Kejuteraan Awam dan Institut Perubatan & Pergigian Termaju.

010414-12

Omar berkata, BJIM telah menjalankan satu usaha yang serius dalam meningkatkan mengukuhkan jaringan dan libatsama komuniti dan masyarakat, sekaligus meltakkan satu penanda aras yang tinggi sejak penubuhannya.

``Universiti-universiti lain boleh mengambil kaedah dari USM sekiranya mereka berminat untuk mempelopori atau urus tadbir dalam bidang jaringan masyarakat ini.

IMG 0869

“Penambahan bahagian-bahagian dan juga penglibatan dari pelbagai pihak yang berminat amat digalakkan selain daripada bersilangkan kepakaran untuk memberikan impak yang besar kepada komuniti,” tambah Omar.

Dalam pada itu, pula berkata, penyelidikan bukan sahaja untuk menghasilkan output yang tinggi tetapi menghasilkan impak terhadap masyarakat.

IMG 0885

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), Profesor Dato’ Dr. See Ching Mey dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Profesor Dr. Muhamad Jantan. Teks: Marziana Mohamed Alias, Shazreen/Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1128

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024