7 APRIL TARIKH AKHIR POHON MASUK USM
Universiti Sains Malaysia (USM) akan menutup permohonan masuk melalui
Calon-calon STPM yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui pohon@usm boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan (bagi calon yang mengulang semula peperiksaan bertulis - U3). Sistem akan dibuka semula pada 2 - 6 Mei 2014 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).
Untuk calon-calon dari Matrikulasi yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui pohon@usm boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua.
Sistem akan dibuka semula pada 3 - 9 Jun 2014 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II). Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian atau pengemaskinian program pengajian bukan temuduga sahaja.
USM dijangka mengambil seramai 3,800 orang pelajar ijazah pertama sepenuh masa melalui saluran perdana, 2,300 orang melalui pengajian ijazah pertama secara jarak jauh dan 250 orang untuk mengikuti pengajian melalui saluran khas.
Sehingga kini hampir 19,000 permohonan diterima untuk mengikuti program pengajian ijazah pertama di USM.
USM menawarkan sebanyak 71 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksimum lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2013 dan STPM 2013, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf. Sila rujuk Senarai Program Pengajian yang ditawarkan Sidang Akademik 2014/2015 di menu Panduan. Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah *8-20 Mei 2014. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada akhir April 2014 di pohon@usm.
- Created on .
- Hits: 1720