USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

1,088 ORANG TERIMA IJAZAH KONVOKESYEN KE-49

Seramai 1,088 orang graduan akan menerima ijazah masing-masing dalam Upacara Konvokesyen Ke-49 Universiti Sains Malaysia pada hari Sabtu, 26 April 2014 ini di Dewan Tuanku Syed Putra USM Pulau Pinang.

Dari jumlah tersebut, 822 orang akan menerima ijazah Doktor Falsafah (252 orang Doktor Falsafah, 5 orang Doktor Pentadbiran Perniagaan, 5 orang Doktor Pendidikan dan 2 orang Doktor Kesihatan Awam) serta 265 orang menerima Ijazah Sarjana dalam pelbagai bidang antaranya Sarjana Perubatan, Sarjana Surgeri, Sarjana Pembedahan Oral dan Maksilofasial, Sarjana Sains, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan lain-lain.

Manakala 265 orang menerima ijazah pertama dan seorang menerima Diploma Kejururawatan.

Terdapat juga 3 orang graduan yang telah meninggal dunia yang akan menerimanya sebagai anugerah anumerta iaitu seorang graduan Doktor Falsafah, seorang graduan Sarjana Sains Kemasyarakatan dan seorang penerima ijazah Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan).

Dari jumlah tersebut, 373 orang akan menerimanya dalam Sidang Pertama Konvokesyen mulai jam 10.00 pagi dan 714 orang menerimanya dalam Sidang Kedua bermula jam 3.00 petang hari yang sama.

Kedudukan ijazah mengikut sidang adalah seperti berikut:

Sidang Pertama, Sabtu, 26 April 2014, 10.00 pagi

Doktor Falsafah*; Doktor Pentadbiran Perniagaan; Doktor Pendidikan; Doktor Kesihatan Awam; Sarjana Perubatan; Sarjana Surgeri; Sarjana Pembedahan Oral dan Maksilofasial; Doktor Perubatan dan Doktor Pergigian.  

Sidang Kedua, Sabtu, 26 April 2014, 3.00 petang

Sarjana Sains (Kejuruteraan)*, Sarjana Sains (Kejuruteraan), Sarjana Sains (Kesihatan, Perubatan & Pergigian)*, Sarjana Sains (Tulen)*, Sarjana Sains (Tulen), Sarjana Sains (Sains Gunaan)*, Sarjana Sains (Sains Gunaan), Sarjana Farmasi, Sarjana Sastera* Sarjana Sastera, Sarjana Instruksi Multimedia, Sarjana Komunikasi; Sarjana Pendidikan; Sarjana Kaunseling; Sarjana Pengurusan Ekonomi; Sarjana Pentadbiran Awam; Sarjana Pentadbiran Perniagaan; Sarjana Sains Kemasyarakatan*; Sarjana Sains Kemasyarakatan; Sarjana Kerja Sosial; SM Kejuruteraan; SM Sains Kesihatan; SM Sains; SM Farmasi; SM Farmasi (UA); SM Sains Gunaan; SM Teknologi; SM Sastera; SM Sastera (Bahasa Inggeris utk Profesional); SM Sastera dengan Pendidikan; SM Sains (Perumahan, Bangunan & Perancangan); SM Sastera (Seni); SM Sains Kemasyarakatan; SM Komunikasi; SM Komunikasi (UA); SM Pendidikan; SM Pengurusan; SM Pengurusan (UA); SM Sains Komputer; SM Perakaunan; SM Seni Halus; SM Seni Muzik dan Diploma Kejururawatan 

* Program Mod Penyelidikan

  • Created on .
  • Hits: 1551

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024