USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KSU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN SINGAPURA KUNJUNG USM

050414-1

PULAU PINANG, 5 April 2014 - Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Madinah Mohamad dan Setiausaha Tetap (Pendidikan) Singapura, Chan Lai Fung mengadakan kunjungan ke Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Sukan Muhibbah Tahunan Kementerian Pendidikan  Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Singapura Ke-10 (MESCA-MESRC).

050414-2

050414-3

050414-4

050414-5

050414-6

Kedua-duanya tiba di Kediaman Rasmi Naib Canselor Anjung Jannatun jam 8.15 pagi yang disambut oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dan isteri Datin Noraizan Jamaludin bersama-sama-sama pegawai-pegawai kanan USM.

Datuk Dr. Madinah Mohamad kemudiannya merasmikan MESCA-MESRC bersama-sama Chan Lai Fung sekitar  jam 9.00 pagi di Padang A USM diikuti oleh lawatan ke tempat-tempat acara sukan berlangsung sekitar kampus USM.

050414-7

050414-8

Kedua-duanya kemudiannya menghadiri taklimat tentang perkembangan USM oleh Naib Canselor yang diikuti perbincangan bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) sebelum menmgadakan lawatan singkat ke NADI untuk melihat dari dekat perkembangan USM sebagai Universiti APEX.

Datuk Dr. Madinah Mohamad juga adalah alumni USM.

Rombongan kemudiannya meninggalkan kampus USM sekitar jam 12.30 tengah hari.

EAM 9641

050414-9

Acara sukan MESCA-MESRC  tersebut berlangsung di kampus USM pada 4 hingga 6 April 2014.Teks: Mohamad bin Abdullah /Foto: Mohd Fairus Md. Isa.  

  • Created on .
  • Hits: 1180

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024