USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

RAJA DR. NAZRIN IKON CENDEKIAWAN

060414-1

PULAU PINANG, 5 April 2014 - Mahasiswa perlu menzahirkan budaya ilmu dan bijaksana dalam mengambil tindakan berteraskan ilmu pengetahuan yang tinggi dan tidak beremosi dalam mengemukakan pandangan.

Hal ini dinyatakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman ketika berucap di Majlis Santapan Malam Bersama D.Y.M.M Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah anjuran Kumpulan Siswa-Siswi Darul Ridzuan (KUSISDARI)  di Hotel Equatorial, Bukit Jambul di sini.

060414-2

060414-3

060414-4

“Mahasiswa seharusnya mencontohi D.Y.M.M Tuanku Raja Dr. Nazrin Shah sebagai Sultan yang amat dekat dengan rakyat malah juga seorang ilmuan yang semestinya menjadi ikon untuk diikuti dan dicontohi oleh semua,” kata Omar lagi.

Naib Canselor meminta agar warga USM menjadikan baginda bukan sahaja sebagai contoh seorang ilmuwan tetapi juga berupaya mengupas idea dan memberi  buah fikiran yang berguna untuk masyarakat dan negara, apatah lagi  dengan pemikiran yang matang dan tidak mengikut emosi dalam mengutarakan pandangan.

“Kerana itu, USM amat berharap yang D.Y.M.M Tuanku  Raja Dr. Nazrin akan berkenan untuk berangkat menyampaikan titah ucapan dan amanat kepada seluruh warga USM pada suatu waktu yang sesuai untuk kita semua bersama-sama menghayati buah fikiran  baginda terutamanya dalam konteks pengajian tinggi negara,” tambah Omar lagi.

060414-5

Sementara itu, Menteri Besar Perak Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir yang hadir sama dalam majlis tersebut menyambut baik pandangan Naib Canselor USM itu.

“Sememangnya kita akui yang Raja Dr. Nazrin Shah adalah ikon penting terutamanya dalam konteks ilmu yang sepatutnya dicontohi oleh bukan sahaja mahasiswa tetapi masyarakat seluruhnya,” kata Zambry.

060414-6

Beliau turut mengumumkan pemberian dana RM10,000 kepada  KUSISDARI di samping menaja  majlis makan malam tersebut.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Dato’ Abdul Pahat Mat Nayan, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak Dr. Muhammad Amin Zakaria, Pengurus Besar Yayasan Perak Dr. Zulkapli Mohamed, Timbalan Naib Canbselor (HEPP) Profesor Dr. Adnan Hussein,  Timbalan Naib Canselor (HEAA) Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Penasihat KUSISDARI Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya dan Yang Dipertua KUSISDARI Shafiq Syazuan Ruzaidi.

IMG 1611

D.Y.M.M Raja Dr. Nazrin Shah menyampaikan beberapa anugerah kecemerlangan pelajar dan kemudiannya beramah mesra dengan kira-kira 150 orang pelajar yang hadir.Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1256

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024