USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JADILAH SEORANG YANG BOLEH DICONTOHI, KATA NC

070414-1

GURUN, 7 April 2014 - Anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) perlu mencari seorang yang boleh dicontohi. Hal ini dinyatakan oleh Naib Canselor  Universiti Sains Malaysia (USM) Kol (K) Profesor Dato' Dr. Omar Osman kepada 163 orang yang mengikuti Latihan Berterusan Palapes Tentera Darat, Fasa Pertama : Menembak yang bermula pada 5 April 2014 dan berakhir pada 7 April 2014.

Mereka terdiri 96 orang pegawai kadet peringkat rendah, 49 orang pegawai kadet peringkat pertengahan dan 18 orang pegawai kadet peringkat tinggi  dari kampus induk dan kampus kejuruteraan.

"Dengan menjadi seorang yang boleh dicontohi, saudara-saudari akan lebih dihormati dan pada masa yang sama boleh menjadi ikutan rakan-rakan lain, apatah lagi apabila ahli-ahli PALAPES juga cemerlang dalam akademik dan latihan yang dilalui," kata Omar.

Naib Canselor memasihati mereka juga agar sentiasa bijak dalam mengambil tindakan, sentiasa bekerja sebagai satu pasukan dan sentiasa pula menjaga keselamatan diri.

070414-2

Fasa 2: Pandu Arah berlangsung pada 8 hingga 10 April ini.

Naib Canselor yang merupakan Komandan Palapes USM hadir latihan menembak di Unit Lapang Sasar, Kem Hobart, Gurun Kedah bersama-sama Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar) yang juga Timbalan Komandan Palapes TUDM Lt. Kol (K) Profesor Dr. Adnan Hussein,  Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Anmtarabangsa) yang juga Komandan Kor SUKSIS ACP (K) Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Pengarah (Pejabat Pembangunan Pelajar) HEPP Supt (K) Dr. Nazaruddin Zainon, Timbalan Komandan PALAPES Tentera Darat, Mejar Sharizal Nazri serta Ketua Jurulatih Palapes Tentera Darat USM, Mejar Haris Padzilah Mohamed.

070414-3

Dalam aktiviti kunjungan hormat tersebut diadakan acara menembak pistol, menembak jatuh piring menggunakan rifel Colt M16, menembak menggunakan Mesin Gun Pelbagai Kegunaan dan Grenade Launcher M203.

Mereka juga turut merasai sarapan pagi dan makan tengah hari seperti mana pegawai kadet makan menggunakan mess tin dan mess cup serta diadakan sesi ramah mesra bersama pegawai kadet. Teks Maklumat: Mejar Shahrizal Nazri/Foto: Prof. Dato' Dr. Omar Osman/Prof. Dr. Adnan Hussein/Mejar Shahrizal Nazri/

  • Created on .
  • Hits: 1295

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024