USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SELSIUS: PENGUNJUNG BERPELUANG LIHAT KOLEKSI SERAMIK BERMUTU

090414-30

PULAU PINANG, 9 Apr.2014 – Para pengunjung Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) Universiti Sains Malaysia (USM) berpeluang melihat dari dekat koleksi seramik rekaan lebih 50 artis gabungan tempatan dan antarabangsa dalam pameran yang akan berlangsung di situ sehingga 14 April depan.

Pameran yang membariskan 30 artis tempatan dan 20 dari luar negara termasuk China, Jepun, Belgium, Kanada, United Kingdom dan sebagainya itu dikenali sebagai Selsius-USM International Ceramic Festival 2014.

Program dengan kerjasama Pusat Pengajian Seni USM dan beberapa rangkaian seni antarabangsa itu akan memperlihatkan demonstrasi pembuatan seramik termasuk teknik dan bahan-bahan yang digunakan, pengalaman melakar lukisan seramik dan pelbagai lagi.

090414-31

Pengunjung juga bakal merasai pengalaman bermain bersama tanah liat melalui aktiviti-aktiviti khas yang dijalankan sepanjang pameran termasuk demonstrasi pembuatan seramik, mural making, pembuatan labu sayong dan pelbagai lagi.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, pameran tersebut amat signifikan dianjurkan dalam kampus kerana ia turut membantu USM dalam mengekalkan kelesterian seni seramik tradisional mahu pun kontemporari.

090414-32a

``USM berhasrat untuk meneraju usaha-usaha mengekalkan kesenian ini khususnya dalam aspek sejarahnya, teknologi, budaya dan sebagainya. Khazanah ilmu ini juga angkat diangkat dan dikembangkan ke persada global,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Selsius-USM International Ceramic Festival 2014 di sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Prof. Adnan Hussein.

Tambah beliau, pameran seumpama itu wajar diteruskan bagi mendekatkan masyarakat dengan salah satu cabang seni yang tinggi nilai estetikanya, selain menyediakan peluang kepada artis mengenengahkan karya mereka.

090414-33

Dalam pada itu, kumpulan artis seramik yang berkampung di USM selama lebih seminggu itu akan turut menghasilkan arca seramik dan lukisan mural bagi menghiasi beberapa persekitaran dan ruang USM.

Para artis juga akan turut menyumbangkan karya mereka kepada USM untuk dikompilasikan dan dijadikan koleksi di MGTF USM. Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd. Fairus Md.Isa

  • Created on .
  • Hits: 1503

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024