USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PROFESOR DARI ISTANBUL UNIVERSITY

100414-20

PULAU PINANG, 10 April 2014 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Omar Osman hari ini menerima kunjungan hormat dua profesor dari Istanbul University, Turki di pejabatnya di sini.

Profesor Dr. Erdal Tekarslan, Dekan Pusat Pengajian Perniagaan dan Profesor Dr. Recep Pekdemir, Profesor Perakaunan dari pusat pengajian yang sama itu mengadakan perjumpaan selama hampir setengah jam dengan Naib Canselor USM.

Antara perkara yang dibincangkan ialah meneroka peluang mengadakan kerjasama dua hala antara kedua-dua universiti dalam bidang pengajian perniagaan terutamanya dalam aspek pertukaran staf akademik dan pelajar, perkongsian kepakaran serta kolaborasi dalam program akademik dan penyelidikan.

DSC 6082

Turut hadir dari USM dalam pertemuan itu ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) Profesor Madya Dr. Sofri Yahya, dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan) GSB Tuan Haji Noor Nasir Kader Ali.

Delegasi Istanbul University itu turut menjemput Naib Canselor USM sebagai tetamu kehormat untuk melawat universiti mereka semasa upacara konvokesyen mereka. Universiti Istanbul ditubuhkan pada tahun 1453 dan sehingga kini mempunyai 5 buah kampus.

Kunjungan tersebut diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati dan sesi bergambar oleh kedua-dua pihak.

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

 

 

  • Created on .
  • Hits: 903

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024