USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU TUBUH GALERI SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN (3)

sains1

KUBANG KERIAN, 20 April 2014 - Dalam usaha memperkasakan minat dan kefahaman terhadap Sains dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia (USM) berkolaborasi dengan SMK Kubang Kerian (3) di sini untuk menubuhkan sebuah Galeri Sains dengan kos RM 40,000 di bawah Peruntukan Khas Sekolah Kluster Kecemerlangan menggunakan geran Program Pemindahan Ilmu di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program Pemindahan Ilmu dipengerusikan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman yang melibatkan projek-projek usaha sama kepakaran pelbagai universiti awam di seluruh negara.

Usaha ini juga dilakukan bersama-sama Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM dan Society for Neuroscience (USA) Kelantan Chapter menerusi penubuhan Kelab Neurosains.

“Kita berhadap ia mampu menarik minat pelajar sekolah dan mendedahkan mereka kepada pelbagai ilmu dalam bidang Sains dan Teknologi sebagai generasi yang akan meneruskan pembangunan negara sebagai saintis mahu pun menguasai pelbagai kepakaran yang diperlukan negara dan dunia pada masa hadapan,” kata Timbalan Naib Canselor (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat) Profesor Dato’ Dr. Susie See Ching Mey ketika merasmikan galeri tersebut.

Ini termasuklah usaha menarik minat para pelajar dalam bidang Neurosains.

sains3

Ruang galeri ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Alam Akuatik, Alam Daratan dan Alam Angkasa dengan jumlah bahan pameran sebanyak 150 item sebagai langkah pemulaan dan akan ditambah dari semasa ke semasa jumlah koleksinya. Bahan pameran berbentuk interaktif turut disediakan di dalam galeri ini sepertiBrain Games dan Robotics In Action.

“Penubuhan Galeri Sains ini sebagai bukti kesungguhan membantu memajukan pembangunan pendidikan negara seawal persekolahan yang perlu diteruskan malah diperbanyakkan pada masa hadapan,” kata beliau.

sains2

Sementara itu  Guru Besar Puan Hajjah Seri Dewi Mohd Ibrahim berkata pihaknya amat berterima kasih kepada USM di atas kerjasama serta cetusan idea dan buah fikiran dalam merealisasikan penubuhan Galeri Sains ini sebagai satu usaha bermakna kepada sekolah terutamanya dalam kalangan pelajar.

Hadir sama ialah Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains (P3Neuro) & Ketua Jabatan Neurosains PPSP, Profesor Dr. Jafri Malin Abdullah, wakil Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) sekolah terbabit, para pegawai USM yang lain, para guru serta pelajar sekolah.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan koir oleh Ahli Kelab Neurosains sekolah berkenaan.

Teks dan foto: Mohd Rodin Che Yusoff

  • Created on .
  • Hits: 2337

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024