USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PUSAT SEJAHTERA RAI PENGLIBATAN PTJ DALAM AKTIVITI KESEJAHTERAAN

sejahtera1

PULAU PINANG, 23 April 2014 – Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI) dan Pusat Pengajian Komunikasi (PPK), Universiti Sains Malaysia (USM) muncul dua pusat tanggungjawab yang paling aktif menyertai aktiviti Sejahtera Walk anjuran Pusat Sejahtera USM.

Kedua-dua jabatan berkenaan diraikan bersama 10 peserta individu lain yang komited menyertai aktiviti riadah untuk kesihatan tersebut, termasuk kemuncak Sejahtera Walk Bersama Towards Greener Cleaner USM Cum Recycling yang diadakan bersempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat USM baru-baru ini.

Kesemua yang diraikan menerima plak cenderahati dari Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dato’ See Ching Mey dalam majlis penutup yang diadakan di sini semalam.

sejahtera3

Turut hadir ialah Pengarah Pusat Sejahtera, Dr. Nurulain Abdullah Bayanuddin, Dekan PPTI, Profesor Dr. Azhar Mat Easa, Dekan PPK, Profesor Madya Dr. Jamilah Ahmad dan Pengarah Pusat Racun Negara, Profesor Madya Abdul Razak Lajis.

See dalam ucapannya berkata, beliau bangga dengan kejayaan yang telah dicapai Pusat Sejahtera selaku penganjur yang telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Jalan Sejahtera bersama “Towards Greener Cleaner USM’ cum Recycling. 

``Program ini mungkin dilihat sebagai mudah untuk dilakukan, tetapi sebenarnya memerlukan komitmen yang tinggi dalam kalangan dan ahli-ahli Jawatankuasa Kelestarian Pusat Sejahtera yang telah memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar sehingga tempoh program tamat.

``Saya dimaklumkan bahawa aktiviti ini telah berjaya dijalankan sebanyak 30 kali dengan penglibatan seramai 433 orang staf dan 390 orang pelajar. Sokongan yang telah diberi oleh mereka yang melibatkan diri amat memberangsangkan,’’ katanya.

sejahtera2

Tambah beliau, aktiviti seumpama itu bukan sahaja dapat menyihatkan badan melalui aktiviti bersenam secara berjalan kaki tetapi juga mampu memupuk kesedaran serta rasa tanggungjawab dalam diri warga kampus.

Katanya, ia termasuk memupuk sikap yang prihatin untuk sentiasa bekerjasama dalam usaha menjaga kebersihan bukan sahaja di tempat kerja tetapi juga persekitaran kampus. Teks/Foto: Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 1115

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024