USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MAHASISWA USM DISERU TERAJUI AKTIVITI KESUKARELAWANAN

 

 

DSC 7233

PULAU PINANG, 26 April 2014 - Mahasiswa Universiti Sains Malaysia diseru untuk bersama-sama menjadikan USM sebagai agensi pemangkin serta peneraju utama dalam kalangan institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia dalam aktiviti kesukarelawanan seiring dengan cogankata USM “Kami Memimpin”.

Pro Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Datuk Mustafa Mansur mengingatkan mahasiswa malah seluruh warga USM untuk lebih aktif dan cenderung melibatkan diri dalam pelbagai program berbentuk kesukarelawanan di dalam kampus dan juga di luar kampus yang sangat bermanfaat kepada warga USM sendiri khususnya dan komuniti setempat amnya.

“Di samping dapat menabur bakti kepada universiti, masyarakat dan negara, penglibatan mahasiswa dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan yang giat dibangunkan oleh USM juga dapat membentuk keperibadian yang lebih mantap dan personaliti serta jati diri yang lebih unggul,” katanya ketika merasmikan penutupan Karnival Sukarelawan USM 2014 dan melancarkan Buku Kor Sukarelawan USM di sini malam ini.

Mustafa menggesa agar pihak Universiti turut melibatkan penyertaan pelajar-pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di menara ilmu ini dalam setiap aktiviti atau program kesukarelawanan yang dianjurkan sebagai satu pengiktirafan pihak USM akan sumbangan, keberadaan (visibility) dan kehadiran mereka di USM.

Tambahnya lagi, pelajar-pelajar antarabangsa itu boleh menjadi duta USM yang paling berkesan.

“Misalnya, apabila mereka menamatkan pengajian mereka dan pulang ke negara masing-masing, mereka boleh menceritakan keunikan, keistimewaan dan kecemerlangan USM kepada anak muda di negara mereka, dan ini secara tidak langsung membantu menarik pelajar-pelajar antarabangsa lain untuk datang belajar di USM,” kata Mustafa lagi.

DSC 7315

Mustafa turut menyempurnakan pelancaran Buku Kor Sukarelawan USM terbitan Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) yang julung kalinya diterbitkan di institusi pengajian tinggi negara kita.

Mengulas tentang buku tersebut dalam ucapan alu-aluannya, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) Profesor Dr. Adnan Hussein yang mewakili Naib Canselor USM dalam majlis tersebut berkata, “buku ini mendokumentasikan pelbagai aktiviti kesukarelawanan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2012 hingga 2014 serta merakamkan detik-detik sumbangan pelajar-pelajar USM sebagai Kor Sukarelawan USM kepada masyarakat Malaysia dan antarabangsa.”

“Saya berharap buku ini bukan sahaja dapat dijadikan sumber rujukan yang berharga tentang penglibatan mahasiswa USM khususnya dalam aktiviti kesukarelawanan, tetapi juga menjadi penyuntik semangat dan inspirasi kepada mahasiswa lain untuk turut lebih melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan baik di dalam mahupun di luar USM,” ujarnya lagi.

Acara kemuncak pada malam tersebut ialah Anugerah Sanggar Sanjung Siswa 2014 yang diadakan khusus untuk mengiktiraf bakat-bakat mahasiswa dan kepimpinan organisasi pertubuhan pelajar USM yang bernaung di bawah BHEPP yang aktif menyumbang kepada aktiviti pembangunan mahasiswa dalam pelbagai lapangan di peringkat universiti, kebangsaan mahupun antarabangsa.

DSC 7320

Terdapat empat kategori anugerah iaitu Anugerah Kepimpinan, Anugerah Projek dan Anugerah Organisasi Terbaik yang disampaikan oleh Adnan, serta Anugerah Khas disampaikan oleh Mustafa.

Turut hadir ialah isteri Tan Sri Datuk Mustafa Mansur, Puan Sri Datin Anita Aqeela Hiong; Pengarah HEPP USM, Dr. Nazarudin Zainon; Timbalan Pendaftar HEPP, Tuan Haji Husin Yahaya; Yang diPertua Majlis Perwakilan Pelajar USM, Mohammad Shafiq Kamaruddin; Pengarah Projek Karnival Sukarelawan 2014, Abdul Shafiq Ramlan; pegawai-pegawai utama universiti, dan pemimpin-pemimpin pelajar USM.

Senarai penuh penerima Anugerah Sanggar Sanjung Siswa 2014:

A.        KATEGORI ANUGERAH KEPIMPINAN BERDASARKAN MYCSD

v   TOKOH REKA CIPTA DAN INOVASI

         NOR HUSNINA BINTI ABDUL JALIL (PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN)

 

v   TOKOH KHIDMAT MASYARAKAT

         NUR SAKINAH BINTI PAUZI (PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN)

v   TOKOH KEPIMPINAN ORGANISASI UNIVERSITI

         KHONG KOK SHEN (PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN)

v   TOKOH KEUSAHAWANAN

         NUR HAZIQAH BINTI HANSIN (PUSAT PENGAJIAN SAINS KAJIHAYAT)

v   TOKOH KEBUDAYAAN

         LESLIE WONG SENG KIT (PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN)

v   TOKOH SUKAN DAN REKREASI

         NURUL AZLINDA BINTI AB. RAZAK (PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN)

v   TOKOH DEBAT & PIDATO

YEOH YUN JING (PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN)

v   TOKOH KESUKARELAWANAN

MOHD HAZIMI BIN CHE ABDUL RANI (PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN)

 

B.        ANUGERAH PROJEK

v    PROJEK MENJANA KEUNTUNGAN TERTINGGI

PROJEK                   :      PHARMATRADE 2012 “THE BEST CHOICE FOR A BETTLE LIFE”

PERSATUAN            :      PUSAT PENGAJIAN SAINS FARMASI

PENGARAH              :      NUR SAFINAZ MUKHTAR

v    PROJEK IMPAK TERTINGGI

PROJEK                   :      EKSPLORASI SUKAN RAKYAT 2013

PERSATUAN            :      SEKRETARIAT RUKUN NEGARA

PENGARAH              :      ABDUL HALIM MOHD YUSOF

v    PROJEK ANTARABANGSA TERBAIK

PROJEK                   :      PROGRAM MERENTASI ASIA (MALAYSIA – LAOS)

PERSATUAN            :      SEKRETARIAT SUKARELAWAN USM

PENGARAH              :      YAP KEN VUN

 

C.         ANUGERAH ORGANISASI TERBAIK

v    MAJLIS PENGHUNI DESASISWA TERBAIK

MPD                        :      DESASIWA FAJAR HARAPAN

YDP                         :      MUHAMMAD ZUL AKHMAL MOHD RODZI

v    PERSATUAN PUSAT PENGAJIAN TERBAIK

           PERSATUAN            :      PUSAT PENGAJIAN FARMASI

           YDP                        :      MOHAMAD TAUFIK YUSOF

v    PERSATUAN ANAK NEGERI TERBAIK

PERSATUAN            :      KUMPULAN SISWA SISWI DARUL RIDZUAN (KUSISDARI)

YDP                         :      SYAFIQ SAZUAN RUZAIDI

v    SEKRETARIAT TERBAIK

SEKRETARIAT         :      SEKRETARIAT SUKARELAWAN USM (BRIGED)

PENGERUSI             :      FATIMATUL ZAHARAH SULAIMAN

v    PERSATUAN TERBAIK

PERSATUAN            :      PERSATUAN BAHASA MELAYU

YDP                         :      MOHD FADZIL AZIZAN

 

D.        ANUGERAH KHAS

v    ANUGERAH KHAS TIMBALAN NAIB CANSELOR BHEPP

SEKRETARIAT KELESTARIAN (ECOTEAM)

PENGERUSI           :   KONG WEI QING

v    ANUGERAH KHAS TIMBALAN NAIB CANSELOR BHEPP

SEKRETARIAT MYAGROSIS USM

PENGERUSI           :   NUR AKTIKA JAMIL

v    ANUGERAH PEMIMPIN MAHASISWA HARAPAN

NUR AFIQAH BINTI YUSOFF (P.P. ILMU PENDIDIKAN)

v    ANUGERAH PENGARAH TERBAIK

PENGARAH           :   LIM KOK KHENG /YDP KELAB REKREASI PALAPES DARAT

PERSATUAN          :    KELAB REKREASI PALAPES DARAT

NAMA PROJEK       :    KEMBARA ASIA TENGGARA, MISI JEJAK PEPERANGAN

v    ANUGERAH TOKOH MAHASISWA USM

MOHD HAZIMI BIN CHE ABDUL RANI (PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN)

 

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1701

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024