USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC SAMPAIKAN APC 2013

290414-1
 
PULAU PINANG, 29 April 2014 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Omar Osman hari ini menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2013 kepada 348 penerima dari Kampus Induk, USM.
 
“Kesemua penerima adalah ikon-ikon di jabatan masing-masing dan saya menyerahkan tanggungjawab kepada semua untuk memastikan kecemerlangan yang berterusan di Pusat tanggungjawab khasnya dan USM amnya,” kata Naib Canselor.
 
“Jadikan USM sebagai rumah kedua selain terus memastikan pencapaian sebagai Universiti Penyelidikan dan juga moto Kami Memimpin terus relevan,” tambah Omar.
290414-2 
 
Bermula tahun 2012, USM mencalonkan penerima yang layak dan memenuhi kriteria untuk pemilihan sebagai penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu staf yang cemerlang luar biasa dalam tugas yang diamanahkan. Selain itu, aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelawanan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya yang boleh mengharumkan nama organisasi dan negara.
 
“USM menghantar empat pencalonan dan hanya seorang iaitu Zulkifli Che Husin telah terpilih antara 13 penerima PPC daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Tahniah,” tambah Naib Canselor.
290414-3
 
“Pingat ini adalah sebagai satu bentuk motivasi kepada saya setelah melalui pelbagai pengalaman suka duka sejak terlibat dalam program kesukarelawan dan kebudayaan. Setiap penjawat awam boleh merebut peluang yang terbuka ini,” tambah Zulkifli yang membawa pulang pingat dan juga sijil.
 
Jumlah keseluruhan penerima APC bagi tahun tersebut adalah 798 orang merangkumi selebihnya 380 penerima dari Kampus Kesihatan dan 70 orang dari Kampus Kejuruteraan yang akan menerima sijil di kampus masing-masing.
IMG 4430
 
IMG 4463
 
 IMG 4437
 
Daripada jumlah tersebut, seramai 396 (49.6 peratus) penerima terdiri daripada kumpulan perkhidmatan Sokongan I dan 155 (19.4 peratus) daripada kalangan kumpulan Sokongan II, seramai 125 (15.7 peratus)  daripada kumpulan Akademik dan 103 (12.9 peratus) orang penerima daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional, seramai 18 (2.3 peratus) penerima daripada kumpulan Tertinggi Khas dan seorang (0.1 peratus) penerima daripada Kumpulan Tertinggi Utama.
 
Pencapaian staf di USM adalah baik dan ramai calon yang layak dan telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan didapati 71.29 peratus staf telah memperolehi markah purata melebihi 85 peratus pada tahun lalu dan hanya 0.40 peratus staf memperolehi markah purata 50 – 59 peratus.
IMG 4454
 
 
 
IMG 4520 
 
Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pengarah-pengarah Kampus, Pendaftar, Pemangku Bendahari dan ketua-ketua jabatan. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa
  • Created on .
  • Hits: 1151

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024