USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PROFESOR DARI PERANCIS

IMG 4300

PULAU PINANG, 29 April 2014 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Omar Osman hari ini menerima kunjungan hormat Profesor Dr. Jean-Pierre Chevallet dari Laboratoire d’Informatique de Grenoble (LIG), Perancis di pejabatnya di sini.

Dalam perjumpaan itu, Omar dan Chevallet yang mewakili Naib Canselor Grenoble University berbincang tentang peluang menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan sains komputer yang berkaitan dengan pemprosesan bahasa tabii (natural language processing) dan pengindeksan imej (image indexing) antara LIG dan Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK) USM.

IMG 4310

Lawatan Chevallet ke USM adalah dibiayai oleh Kedutaan Perancis, dan semasa di sini selama seminggu, beliau akan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan penyelidik-penyelidik dan pensyarah-pensyarah dari PPSK.

Kunjungan hormat itu turut disertai oleh Profesor Dr. Abdullah Zawawi Hj. Talib dari Pusat Pengajian Sains Komputer USM.

IMG 4313

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 853

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024