USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SELAMAT HARI PEKERJA DARI NC

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh kakitangan USM di mana sahaja berada.

“Kita perlu melahir dan menzahirkan idea-idea dan proses kerja yang lebih sesuai dengan masa dan ketika, apatah lagi melihat kepada tema sambutan peringkat nasional, Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi yang sekaligus memerlukan kita tingkatkan komitmen untuk terus bekerja secara berpasukan untuk meneruskan kecemerlangan Universiti  dalam menunaikan amanah yang ada,” kata Omar.

Menurutnya lagi, idea-idea baharu dan inovasi seperti mana ditunjukkan melalui kemenangan USM dalam pertandingan-pertandingan kualiti dan inovasi perkhidmatan awam perlu menjadi budaya kita seharian dalam usaha memacu kecemerlangan universiti, memberikan cara-cara yang lebih kreatif apatah untuk menyokong usaha pembinaan sebuah negara bangsa melalui sumbangan yang dilakukan oleh universiti.

Malah, sumbangan seluruh kakitangan yang ada amat penting kerana universiti akan terus mara ke hadapan untuk mencapai apa jua misi dan wawasannya melalui kerja keras, sikap bersungguh-sungguh dan komited, tidak kira apa jawatan dan di mana seseorang itu berada.

“Yang penting setiap kita ada peranan masing-masing yang sangat bermakna kepada organisasi yang perlu berganding bahu dan saling membantu untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos apatah lagi berkorban dengan jiwa raga dalam memastikan kelangsungan universiti kita ini,” tambahnya lagi.

USM menghargai usaha setiap kakitangannya dan saban tahun memberikan pengiktirafan melalui Anugerah Khidmat Cemerlang seperti mana yang berlangsung kelmarin untuk lebih 300 penerima di Kampus Induk Pulau Pinang.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja dan mendoakan agar seluruh kakitangan universiti dan berharap semuanya akan sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan dan merenungi serta memikirkan bagaimana untuk bersama-sama merealisasikan tema Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi dalam era transformasi insan dalam konteks tadbir urus insaniah yang sedang dilaksanakan di USM,” tambah Omar lagi.

Selamat Hari Pekerja.

  • Created on .
  • Hits: 1036

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024