USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC USM LEPASKAN KONTINGEN 82 ORANG KAYUHAN BASIKAL KE THAILAND

 

IMG 4647

PULAU PINANG, 1 Mei 2014 - Timbalan Naib Canselor (Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) Profesor Dr. Adnan Hussein mengetuai kontingen 82 orang pegawai dan pelajar yang mengayuh basikal sejauh 110 kilometer dalam program Wheels for All: Global Cycling dari Kampus USM Pulau Pinang ke Prince of Songkla University (PSU), Thailand.

Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar USM turut disertai oleh 9 orang pelajar dari PSU yang turut mengayuh basikal dari USM Pulau Pinang yang berlangsung selama 3 hari.

IMG 4552

Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Omar Osman melepaskan para peserta pada pagi ini di Padang Kawad USM.

"Ini adalah projek pertama di antara MPPUSM dan pelajar PSU serta kayuhan yang melibatkan 2 buah universiti di dua buah negara,"kata Omar.

010514-1

010514-2

Beliau mengucapkan tahniah kerana keupayaan MPPUSM menterjemahkan pengantarabangsaan dalam bentuk tersendiri secara kreatif yang merupakan satu sejarah baharu kepada aktiviti pelajar.

"Apatah lagi mereka turut mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan kerja amal di Sungai Petani, Changlun di Kedah dan Thailand," kata Omar.

010514-3

IMG 4624

Di Sungai Petani mereka akan melakukan kerja amal dengan 10 orang fakir miskin, menolong membaiki rumah di Changlun dan membersihkan mesjid lama di Hatyaai, Thailand.

"Kita ingin melihat para pelajar seronok dalam menjalankan aktiviti mereka dengan memberi hak upaya kepada mereka dan program ini adalah sebahagian daripada usaha itu yang membolehkan mereka turut berbakti kepada masyarakat secara sukarela apatah lagi turut meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan ," kata Omar.

Tambah beliau lagi, USM mempunyai kerjasama akademik, program pertukaran pelajar dan penyelidikan yang baik dengan PSU Thailand.

010514-4

010514-5

Pada tahun 2012, untuk pertama kalinya USM mengadakan program kayuhan basikal ke Tasik Banding, Perak dari Kampus Induk di Pulau Pinang, Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian yang melibatkan kakitangan dan pelajar sambil mengadakan khidmat masyarakat di Rancangan Petempatan Semula Bainun di Banding.Teks : Mohamad Abdullah/ Foto : Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1172

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024