USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

INOVASI PENCETUS PELUANG

 

IMG 4910

PULAU PINANG, 5 Mei 2014 – “Inovasi walau dalam keadaan mana pun mencetuskan pelbagai peluang kepada masyarakat terutamanya yang terlibat dalam bidang industri,” demikian kata Pengarah Pengurusan dan Timbalan Presiden Rantau APAC Altera Corporation (M) Sdn Bhd, Dato’ Dr Mohd Sofi Osman ketika menyampaikan USM-CEO Talk Series kali kelima di sini hari ini. 

Tambah beliau, walaupun bidang perindustrian di Pulau Pinang adalah sangat luas namun ianya berdekatan antara satu sama lain dan saling bersaing secara sihat. 

“Bagi bidang perindustrian yang memberikan fokus kepada pelbagai teknologi, pengguna adalah keuntungan kepada syarikat kerana tanpa pengguna sesebuah industri tidak dapat berkembang atau mungkin juga tidak wujud,” kata Mohd Sofi berkongsi pengalaman beliau bekerja lebih 25 tahun dalam industri.    

Menurut Pemangku Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr See Ching Mey, program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara ahli akademik dan pelajar dengan industri serta berkongsi kepakaran dalam pelbagai bidang.

060514-3

“Di USM, jalinan dan jaringan kerjasama dengan industri adalah sesuatu yang penting dan berharap semua pihak iaitu para penyelidik, pendidik, syarikat dan juga pelajar mengambil peluang ini membina jaringan yang unik dan bermanfaat,” tambah See.    

“Walaupun bidang teknologi menjadi keutamaan Altera namun fokus juga diberikan kepada bidang-bidang lain iaitu pembuatan, pertanian, perkhidmatan dan juga penyelidikan dan pembangunan,” terang Mohd Sofi. 

Karier Mohd Sofi bermula pada tahun 1986 apabila menyertai Advance Micro Devices lnc. dan kemudian menyertai Altera pada tahun 2012. Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengerusi Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) selama tiga penggal.

USM-CEO Talk Series ini mula diperkenalkan setahun yang lalu dan dianjurkan oleh Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan. Antara yang telah menyampaikan ceramah dalam siri ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Northern Corridor Implementation Authority, Dato’ Redza Rafiq Abdul Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif, Motorola Technologies Sdn Bhd, Dato’ T.T. Yew. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 915

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024