USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SMK PENANTI JUARA PROTUNE KE-16

070514-10
 
PULAU PINANG, 8 Mei 2013 – Sekolah Menengah Penanti yang mempertaruhkan hasil kreativiti melalui penciptaan lampu daripada botol minyak masak terpakai merangkul juara keseluruhan bagi Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNE) ke-16 Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014.
 
Buat pertama kalinya, konvesyen ini dinamakan PROTUNE berbanding Program Usahawan Muda dan PROTUNE adalah anjuran bersama Pusat Rancangan Kokurikulum Universiti Sains Malaysia (USM), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPN).
 
Pada tahun ini sebanyak 40 buah sekolah menengah mengambil bahagian melalui 400 orang pelajar dalam program tersebut yang bermatlamat memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan perniagaan secara berkesan.
 
070514-11
 
Majlis penutup dan penyampaian anugerah PROTUNE telah disempurnakan oleh wakil Naib Canselor USM Profesor Dato’ Seri Dr Md Salleh Yaapar, Timbalan Pengurus Besar PDC, Dato' Abdul Rahim Isahak dan juga Ketua Unit Kokurikulum JPN, Zulkafli Kamaruddin.
 
"Usaha memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan muda untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya selepas pengajian perlu digerakkan  secara berterusan,” kata Abdul Rahim di dalam ucapan penutupan beliau.
 
IMG 5236
 
“Oleh yang demikian, PDC, USM dan juga JPN mengambil langkah ini bagi melatih dan mencungkil bakat para pelajar semasa di sekolah menengah lagi,” tambah Abdul Rahim.
 
Pertandingan ini telah bermula sejak Oktober 2013 dan berlangsung sehingga bulan Februari lalu untuk peringkat saringan. Sekolah yang berjaya memasuki pertandingan akhir ialah SMK Permatang Tok Jaya, SMK Tinggi Bukit Mertajam, SMK Seri Nibong, SMK Abdullah Munshi dan juga SMK Penanti.
IMG 5255
 
Kesemua sekolah yang bertanding perlu menerangkan mengenai syarikat daripada segi penubuhan, pembentangan produk, laporan tahunan, kewangan sehinggalah penutupan. Antara anugerah lain yang disampaikan adalah laporan tahunan terbaik, perkhidmatan terbaik, produk terbaik, dan juga syarikat berpotensi.
 
Pemenang syarikat terbaik membawa pulang piala, sijil dan wang tunai RM1000 manakala tempat kedua RM800 dan ketiga RM700.  Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 
 
  • Created on .
  • Hits: 1538

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024