USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM CEMERLANG DI ITEX: RAIH 3 ANUGERAH KHAS

DSC 0328

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2014 - Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan kecemerlangan dalam Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke-25 dengan meraih tiga lagi anugerah khas.

Timbalan Dekan Institut Pengajian Siswazah yang juga pensyarah Pusat Pengajian (PP) Kejuruteraan Awam,  Profesor Dr Fauziah Ahmad dianugerahkan Vifotec Award  For The best Women Inventer melalui software untuk analisis kecerunan yang dinamakan USlopeM-An Innovative Slope Stability Software.

"USlopeM lebih mudah dan lebih tepat digunakan berbanding analisis secara manual walaupun para pelajar dikehendaki mempelajari kaedah manual semasa sesi pembelajaran," kata Fauziah yang melahirkan rasa syukur kerana terpilih untuk menerima anugerah daripada Vietnam tersebut.

"Ini adalah kali keenam saya menerima anugerah khas melalui pelbagai kajian yang telah saya jalankan iaitu empat anugerah daripada Korea, masing-masing satu daripada Vietnam dan Sweden.

DSC 0248

DSC 0362

Turut menerima anugerah khas ialah pensyarah PP Teknologi Industri Profesor Dr Ir Mohd Omar Ab Kadir yang menghasilkan tepung sawit atau Sawit Flour iaitu daripada hampas kelapa sawit.

Beliau menerima  JIPA Award for Best Invention in Biotechnology melalui produk tersebut yang dihasilkan daripada bahan buangan yang masih mempunyai fiber, protein dan juga Vitamin E.

Tepung ini juga langsung tidak mempunyai rasa kelapa sawit namun masih boleh digunakan untuk membuat biskut setelah dicampur bahan asas lain seperti mentega dan juga telur.

DSC 0019

Dekan PP Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Profesor Dr Hanafi Ismail menerima Anugerah Khas daripada Asia Invention Association melalui produk Eco-Rubfoam:A Mulfuctional Engineering Foam From Various Rubber Waste.

Beliau menggunakan bahan kitar semula hasil buangan daripada getah untuk dijadikan span yang boleh menyerap bunyi. Oleh yang demikian, ianya boleh digunakan samada di panggung wayang, bilik persidangan dan juga tempat-tempat lain.

Kesemua anugerah pingat emas dan juga khas telah disampaikan kepada panyelidik di Malam Budaya Cipta yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

USM juga menerima pingat perak untuk kategori rekabentuk ruang pameran terbaik bagi ITEX 2014.

Teks dan Foto: Nor Rafizah Md. Zain 

  • Created on .
  • Hits: 1323

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024