USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BIMB TERUS SUMBANG ZAKAT KEPADA USM

 

DSC 8356

PULAU PINANG, 21 Mei 2014 – Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Adnan Hussien hari ini menerima sumbangan zakat berjumlah RM50,000 daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Sumbangan ini adalah sebahagian daripada  tanggungjawab sosial BIMB bagi menyalurkan zakat kepada asnaf yang berada di universiti khususnya USM.

DSC 8335

Menurut Adnan, zakat ini akan ditempatkan di dalam tabung zakat pelajar sementara mencari atau memilih asnaf di kalangan pelajar yang berkelayakan dan akan disalurkan pada pembukaan semester hadapan.

“Setiap tahun, zakat yang diterima disalurkan secara keseluruhan kepada lebih 30 orang pelajar dengan jumlah di antara RM300 – RM500,” kata Adnan yang mewakili Naib Canselor.

“Bagi pihak USM saya berbesar hati dan berterima kasih kepada BIMB kerana secara berterusan memberikan zakat ini untuk manfaat para pelajar dan juga bagi kelangsungan mereka untuk meneruskan pengajian di sini,” tambah Adnan.

DSC 8359

“BIMB yang telah menjadi rakan korporat USM sejak tahun 2000 merasakan ini adalah cara terbaik supaya zakat ini sampai kepada asnaf di kalangan pelajar berbanding permohonan terus kepada pihak BIMB,” ucap Pengurus Besar BIMB Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh.

Tambah Wan Ismail, setiap tahun BIMB memperuntukan sebanyak RM1juta untuk zakat kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam.

Sementara itu, Adnan juga berkata USM juga telah mengorak langkah dengan menubuhkan Yayasan USM bagi tujuan yang lebih kurang sama iaitu untuk bantuan kepada para pelajar dan juga tujuan-tujuan lain yang dirasakan perlu.

DSC 8367

Turut hadir di majlis penyerahan zakat tersebut ialah Pemangku Bendahari, Rohayati Mohd Isa, Pengarah Pejabat Transformasi, Dato’ Ellias Zakaria dan pegawai-pegawai BIMB. Teks: Nor Rafizah Md Zain /Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1311

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024