USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TOKOH AKADEMIK PAKAR BIDANG ELEKTRONIK JEPUN

260614-1

PULAU PINANG, 26 Jun 2014 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman hari ini menerima kunjungan hormat seorang tokoh akademik terkemuka daripada University of Tokyo, Jepun, Profesor Dr. Kunihiro Asada di pejabatnya di kampus induk USM.

Dalam kunjungan hormat tersebut, Kunihiro, yang sebenarnya adalah dalam rangka lawatan rasmi ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) USM sebagai Pemeriksa Luar yang dilantik oleh PPKEE bagi Sidang Akademik 2013/2014, telah diiringi oleh Dekan PPKEE, Professor Dr. Mohd Zaid Abdullah dan pensyarah PPKEE, Zulfiqar Ali Abd. Aziz.   

“Ini merupakan kali pertama saya datang ke USM, dan saya amat gembira dan teruja kerana berpeluang berjumpa dengan Naib Canselor USM,” kata Kunihiro yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

DSC 1134

Dalam perjumpaan yang berlangsung hampir satu jam itu, mereka telah berkongsi pengalaman dan maklumat tentang persamaan dan perbezaan pentadbiran di universiti masing-masing, serta senario dan cabaran yang wujud dalam kerjasama antara universiti dan industri terutamanya dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik di negara masing-masing.

Kunihiro merupakan pakar dalam bidang Rekabentuk Peranti Semikonduktor VLSI (Very Large Scale Integration (VLSI) Circuits and System Design Semiconductor Devices) dan memegang jawatan Pengarah VLSI Design and Education Center di University of Tokyo sejak tahun 2000. - Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1036

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024