USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

‘LIBGENG’ JUARA BOLING PIALA PENDAFTAR USM

290614-1

PULAU PINANG, 30 Jun 2014 – Staf Perpustakaan Hamzah Sendut muncul juara Kejohanan Tenpin Boling Piala Pendaftar yang diadakan buat julung kalinya oleh Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM).  Pasukan ‘Libgeng’ terdiri daripada Mohd Zaidi Ahmad, Shahnizam Ab Rahim, Mohd Hazlee Abd Halil dan Salasiah Zakaria telah mengatasi markah 20 pasukan lain dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1000.00, medal, hamper dan juga Piala Pendaftar.

Tempat kedua telah dimenangi oleh Pasukan Lestari dan ketiga Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK), Kampus Kejuruteraan dan masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM800 dan RM500 beserta hamper.

290614-3

Pasukan Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman memenangi tempat pertama bagi kategori Kenamaan manakala Mansor Mohd Khir, staf Jabatan Pendaftar dinobatkan Raja Boling dan Norzalilah Ahmad dari PPKK sebagai Ratu Boling dengan jatuhan pin yang mengatasi pemain lain bagi kategori wanita dan lelaki terbaik.

290614-2

“Pertandingan sebegini bukan sahaja dapat menyihatkan badan, namun dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan staf ketiga-tiga kampus,” jelas Naib Canselor.

Menurut Pendaftar, Siti Zubaidah A Hamid, sebanyak 21 pasukan mengambil bahagian iaitu 17 pasukan dari Kampus Induk, tiga dari Kampus Kesihatan Kelantan dan juga satu pasukan dari Kampus Kejuruteraan. Kejohanan tersebut telah diadakan di Premium Lanes, Sunshine Square, Bayan Baru pada hari Jumaat lalu. 

290614-4

Sambutan yang baik daripada semua pihak memberikan semangat kepada pihak penganjur untuk pertandingan sebegini diadakan pada masa hadapan.

Turut bermain dan mewakili pasukan masing-masing ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor dan isteri serta Pendaftar. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1428

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024