USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JICA, REPUSM ANJUR COP6 UNTUK PROSES DAMAI

DSC 0229

PULAU PINANG, Jun 2014 - Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dengan kerjasama Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian, Universiti Sains Malaysia (REPUSM) telah menganjurkan Penyatuan Keamanan untuk Mindanao (COP6) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Hiroshima di Hiroshima Peace Memorial Park, Jepun pada 23-25 Jun 2014.

Penyelaras REPUSM, Profesor Dr. Kamarulzaman Askandar berkata COP6 ini adalah satu peluang yang penting bagi Kerajaan Filipina (GPH) dan pemimpin Moro Islamic Liberation Front (MILF) serta pihak berkepentingan yang lain untuk membincangkan cabaran dalam usaha mencari keamanan di Mindanao.

“Secara khususnya, COP6 bertujuan untuk menjelaskan dengan terperinci melalui perbincangan yang berterusan dalam proses damai GPH-MILF dan mencari kaedah untuk mengekalkan momentum yang berlaku dalam proses damai Mindanao dan akan menumpukan kepada pembangunan sosio-ekonomi dan perkembangan Bangsamoro,” tambah Kamarulzaman.

"Tambahan lagi, tema pembangunan, peralihan dan normalisasi dalam seminar ini akan terus memberi penekanan terhadap idea-idea untuk membangunkan kapasiti teknikal dan praktikal, perubahan organisasi, perpaduan sosial dan penubuhan hubungan kerja yang baru antara institusi dan pihak-pihak berkepentingan yang akan membawa kepada perdamaian dan mewujudkan keamanan yang berterusan dengan rakyat Bangsamoro," hurai Kamarulzaman tentang tema COP6 iaitu “Post Agreement Implementation: Building ‘Capacities for Peace’ of the Bangsamoro Stakeholders”.

Kamarulzaman dan REPUSM memainkan peranan utama dalam memulakan pelbagai program pendidikan keamanan yang membuka jalan kepada penandatanganan perjanjian komprehensif dengan Bangsamoro pada awal April tahun ini.

"Malah, sehingga kini, JICA dan REPUSM telah menganjurkan satu siri seminar COP, iaitu COP1, COP2, dan COP4 yang telah dianjurkan untuk tiga kawasan konflik yang berbeza iaitu Mindanao, Aceh dan Selatan Thailand walaupun COP3 dan COP5 telah direka eksklusif untuk Mindanao.

"Terdapat juga program yang dianjurkan untuk menggalakkan pendidikan keamanan di institusi pengajian tinggi di Mindanao iaitu Pendidik Keamanan Summit Mindanao 2010, dimana 40 orang pemimpin institusi pengajian tinggi dari Filipina telah bertemu di Pulau Pinang untuk mencari penyelesaian bagi menamatkan konflik GPH-MILF," kata Kamarulzaman.

Delegasi GPH dalam COP6 diketuai oleh Penasihat Presiden dalam proses damai, Setiausaha Teresita Quintos Deles, dan Ketua Panel Perunding Kerajaan, Prof. Miriam Coronel-Ferrer manakala delegasi MILF akan diketuai oleh Pengerusi Suruhanjaya Peralihan Bangsamoro (BTC) dan Pengerusi Panel Keamanan MILF, Mohagher Iqbal dan Pengerusi Pembangunan Agensi Bangsamoro (BDA), Dr. Saffrullah Dipatuan.

Pihak berkepentingan lain yang menghadiri mesyuarat tersebut termasuk Ketua Pasukan Misi Pemantauan Antarabangsa (IMT) Malaysia, General Major Dato’ Abd. Samad Yakub Malaysia, Prof. Yuji Uesuji dari Suruhanjaya Bebas Polisi, Jepun dan Gabenor Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) Mujiv Hataman.

Pegawai-pegawai kanan kerajaan juga hadir bagi menyampaikan ucapan rasmi, iaitu Setiausaha Florencio Abad daripada Jabatan Bajet Agensi Pembangunan Ekonomi Negara (NEDA) dan Timbalan Ketua Pengarah Margarita NEDA.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Presiden JICA Dr. Akihito Tanaka dan juga Penyelaras REPUSM.

group pi

Bandar Hiroshima adalah sebuah tempat yang simbolik pada keamanan dan akan menjadi sebuah tempat yang bermakna bagi COP6 untuk Mindanao. COP6 ini telah mengukuhkan lagi proses damai antara Kerajaan Filipina dan rakyat Bangsamoro. - Terjemahan: Nur Atiqah Dalbadalsa Merican/Foto: Sumbangan REPUSM

 

 

 

 

  • Created on .
  • Hits: 972

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024