USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM HARGAI TEGURAN DAN BERTINDAK ATASI PENGGUNAAN FOTO/KARYA TANPA KEBENARAN

Bagi pihak Universiti Sains Malaysia (USM), saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memaklumkan tentang berlakunya penggunaan foto-foto hak milik individu dalam laman sesawang USM - www.usm.my. 

Kami tidak menyedari hal ini kerana pengendalinya dibuat melalui Pusat Tanggung Jawab (PTJ) tertentu walau pun polisi jelas bahawa semua kandungan laman sesawang perlu menggunakan bahan asli dan memberikan kredit atau memohon kebenaran pemilik asal bagi yang perlu menggunakan karya pihak lain. 

USM telah dan akan terus mengambil tindakan membetulkan perkara ini dengan meminta semua pihak yang terlibat mengeluarkan bahan yang tidak mempunyai kebenaran karyawan berkenaan daripada laman sesawang USM, membuat pemantauan, pemeriksaan serta tindakan-tindakan susulan lain secara berterusan yang perlu bagi menangani hal ini. 

Universiti memohon maaf dan menzahirkan kekesalan dengan kejadian ini. Bagi mereka yang ingin menyalurkan maklumat dan pertanyaan, mohon hubungi saya melalui emel - This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Terima kasih.

 

(MOHAMAD BIN ABDULLAH)

Timbalan Pendaftar Kanan

Universiti Sains Malaysia

  • Created on .
  • Hits: 1745

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024