USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BERSEDIA UNTUK HADAPI CABARAN DI UNIVERSITI, KATA NC USM

IMG-20140705-WA0006

KULIM, 5 Julai 2014 - Calon-calon yang bakal memasuki universiti perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran semasa berada di kampus, apatah lagi pada masa ini untuk memasuki program ijazah pertama sepenuh masa USM sahaja seramai 23,000 orang telah memohon masuk.

"Sebahagian besar mereka adalah ramai pelajar cemerlang dengan CGPA  3.75 dengan lebih 500 orang calon yang mempunyai pencapaian 4.0 CGPA sedemikian" kata Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Dato' Dr. Omar Osman dalam perjumpaan dengan lebih 150 orang pelajar pra-universiti USM di sini hari ini.

"Pada masa ini juga lebih 75% siswazah ijazah pertama mencapai CGPA lebih 3.0 dengan penarafan pelajar
.

"Pada masa ini juga lebih 75% siswazah ijazah pertama mencapai CGPA lebih 3.5 dengan penarafan pelajar bermula apabila seseorang mula mengikuti pengajiannya di universiti dan data juga menunjukkan bahawa sebahagian besar siswazah USM kini bekerja dengan syarikat multinasional dan firma antarabangsa malah kini USM berhasrat memastikan siswazahnya memainkan peranan sebagai "global citizen" dengan bekerja di luar negara," kata Omar.

Menyentuh tentang Program Pra Universiti USM ini, Omar menegaskan bahawa pihaknya mahu membina mereka yang berkemahiran tinggi sebagai model untuk membina kurikulum yang sesuai agar tidak mempunyai masalah apabila memasuki USM nanti terutamanya dalam subjek Sains dan Teknologi seperti Sains Kimia, Fizik dan Matematik dan menjadi yang terbaik.

"Kita tentunya tidak mahu melihat program khas ini menghasilkan mereka yang gagal dan tidak sesuai dengan universiti," nasihat Omar kepada pelajar.

Tambah Omar, apabila memasuki program ini para pelajar sepatutnya sedar bahawa semuanya adalah sebahagian dari USM dan menjadi permata, yang sepatutnya menanamkan semangat sayangkan USM  yang amat berguna kepada universiti.

Beliau menyeru agar para pelajar membina keyakinan diri yang tinggi untuk berjaya dan cemerlang.

"Saya percaya saudara-saudari akan menjadi wira dan wirawati yang akan membanggakan USM,"kata Omar.

Terdahulu, Penyelaras Pra Universiti USM MARA Prof. Dr. Mohd Jain Noordin berkata, Program ini adalah jenama baharu USM untuk menyediakan pelajar memasuki universiti hasil kerjasama USM dengan MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM yang cemerlang untuk cemerlang hingga peringkat Doktor Falsafah.

IMG-20140705-WA0011
"Pelajar perlu menanam iktikad untuk menggenggam kejayaan hingga mencapai kelulusan Doktor Falsafah," kata Mohd. Jain.

Menurutnya lagi pengambilan pelajar sudah mempunyai empat kohort iaitu pada tahun 2012 dengan 29 orang pelajar, Kohort kedua 98 orang, kohort ketiga pengambilan  pada Januari 2014 seramai 40 orang dan kohort keempat pada  Jun 2014 seramai 104 orang.

Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seramai 46 orang dan 33 orang pelajar pelajar tajaan MARA yang sebahagiannya menjadi perintis untuk mengikuti pengajian Perubatan di Belgaum India.

Menurut Mohd. Jain lagi, prestasi semasa mereka yang mengikuti pengajian di USM akan dipantau secara berterusan dan pada masa ini mereka yang mengikuti pengajian di USM seperti Seni Bina nampaknya telah menjadi pelajar cemerlang.

Program Pra Universiti ini menggunakan silibus dari kepakaran pensyarah USM dan pengajar Kolej MARA Kulim.

Hadir sama di majlis ini ialah Pengarah Kolej MARA Kulim Haji Tamam Jonit, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Pegawai-Pegawai utama USM dan Kolej MARA Kulim. Teks dan Foto: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 2295

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024