USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC RASMIKAN BAS BARU UNTUK KEGUNAAN MAHASISWA KEJURUTERAAN

DSC 2444

NIBONG TEBAL, 10 Julai 2014 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini memotong riben sebagai simbolik merasmikan sebuah bas baru khas bagi kegunaan mahasiswa di Kampus Kejuruteraan USM dalam satu majlis ringkas di sini.  

Menurut Ketua Unit, Unit Hal Ehwal Pelajar Kampus Kejuruteraan, Nur Akmar Idris, bas penumpang Scania berhawa dingin dengan 40 tempat duduk itu adalah untuk kegunaan pelbagai aktiviti rasmi mahasiswa sebagai tambahan kepada bas-bas yang sedia ada bagi menampung permintaan mahasiswa yang semakin meningkat dan juga untuk kegunaan aktiviti rasmi universiti.

“Mamandangkan aktiviti mahasiswa semakin bertambah, terdapat keperluan mendesak untuk mendapatkan sekurang-kurangnya sebuah bas baru, maka Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang Akademik 2012/2013 telah mengemukakan permohonan mereka kepada Naib Canselor semasa perjumpaan mereka dengan Naib Canselor tahun lepas,” kata Nur Akmar.

Sementara itu, Iskandar Badaruddin dari Jabatan Pembangunan, Kampus Kejuruteraan berkata, “sebelum perolehan bas baru ini, di Kampus Kejuruteraan telah ada 3 bas panjang dan 2 bas mini yang dipertanggungjawabkan kepada jabatan kami.”

“Maka bas baru ini adalah tambahan kepada bas-bas yang sedia ada,” tambah beliau.

Naib Canselor dan barisan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) yang sebelum itu mengadakan perjumpaan dengan Ketua Jabatan Kampus Kejuruteraan sempat menaiki bas baru tersebut ke Pusat Islam Kampus Kejuruteraan untuk menghadiri majlis berbuka puasa peringkat Kampus Kejuruteraan USM. - Teks: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 986

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024