USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM KOMITED LAKUKAN PENYELIDIKAN SELAMATKAN ORANG UTAN

10500532 10204292580459044 8154782478291639758 n

BUKIT MERAH, 12 Julai 2014 - Universiti Sains Malaysia (USM) memberikan komitmen untuk membantu Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah untuk melakukan penyelidikan dan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai secara berterusan.

Hal ini dinyatakan oleh Naib Canselor USM Profesor Dato' Dr. Omar Osman yang menyertai lawatan rasmi ke Pulau Orang Utan Bukit Merah untuk melihat dari kejayaan yayasan tersebut dalam melakukan usaha-usaha untuk mengatasi kepupusan orang utan di negara ini.

"USM akan mamanfaatkan sepenuhnya kepakaran yang ada untuk meneruskan usaha ini termasuk menganjurkan persidangan-persidangan yang berkaitan," kata Omar.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah, Tan Sri Datuk Mustapha Kamal Abu Bakar melahirkan harapan tingginya untuk USM yang telah lama terlibat dalam usaha penyelidikan akan meneruskan usaha ini ke tahap yang lebih tinggi.

"Kami mengharapkan USM dapat membantu meningkatkan kajian-kajian berimpak tinggi terhadap orang utan yang bertaraf dunia bagi menyelamatkan orang utan yang semakin pupus," Kata Mustapha Kamal.

Orang utan adalah khazanah utama negara yang perlu diselamatkan dan diangkat sebagai ikon negara seperti negara China dengan pandanya atau Australia dengan kangarunya.

"Kami telah melakukannya pada peringkat seperti 'sekolah rendah' selama 14 tahun ini dengan belanja lebih RM6 juta dan kini universiti perlu membantu ke "peringkat menengah" dengan kepakaran yang ada di USM," tambah Pengerusi MK Land Holding itu.

Pengerusi Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah itu berkata demikian ketika mengalu-alukan lawatan USM yang diketuai oleh Naib Canselornya Profesor Dato' Dr. Omar Osman hari ini.

Turut sama mengikuti rombongan tersebut ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat Profesor Madya Dr. Ahmad Sofiman Othman, para penyelidik serta para pelajar di samping beberapa orang pegawai USM."

USM telah lama bersama kami serta menjadi sandaran dan harapan untuk meneruskan usaha ini," kata Mustapha Kamal. - Teks: Mohamad Abdullah

 

 

  • Created on .
  • Hits: 837

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024