USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENYELIDIKAN DI HUTAN HUJAN BELUM SEMAKIN BERKEMBANG

120714-10

PULAU BANDING, PERAK, 13 Julai 2014 - Penyelidikan di Hutan Hujan Belum terutamanya Pulau Banding semakin berkembang dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menghasilkan tiga graduan dalam penyelidikan masing-masing yang berhubung kait dengan flora dan fauna dan tiga pelajar lagi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. 

“Perancangan penyelidikan perlu disediakan supaya bidang-bidang ini lebih jelas dan untuk unjuran pengambilan penyelidik dan juga pelajar.

“Pemetaan kawasan yang menunjukkan pelbagai keindahan di sini memberikan gambaran yang sangat jelas potensi-potensi bidang penyelidikan yang perlu dijalankan dengan lebih mendalam,” kata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato’ Dr Muhamad Jantan ketika melawat Pulau Banding Rainforest Research Centre (PBRRC) di sini hari ini.

120714-11

Lawatan tersebut adalah langkah awal untuk melihat potensi penyelidikan selepas penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah dan Yayasan Pulau Banding untuk lebih menghargai khazanah utama negara iaitu orang utan serta flora dan fauna di Hutan Hujan Belum sekitar Pulau Banding.

Pusat Penyelidikan tersebut mempunyai dua buah makmal, sebuah perpustakaan dan bilik taklimat serta sebuah bangunan tiga tingkat sebagai asrama pelajar menjalankan penyelidikan.

120714-12

Muhamad yang diiringi oleh Pengarah Urusan PBRRC, Dr Daniel Baskaran K., pensyarah Pusat Pengajian Kajihayat yang juga Pemegang Amanah Yayasan Pulau Banding (YPB), Profesor Dr. Mashhor Mansor dan juga para penyelidik dan pelajar juga telah melawat Kem Perkhemahan di Pulau Banding yang menyediakan kelengkapan dan fasiliti untuk perkhemahan.

Kem ini diuruskan oleh Green Rangers Malaysia yang mana menjalankan pelbagai aktiviti perkhemahan untuk pelajar berumur lima tahun dan juga kepada pegawai kerajaan dan pihak swasta.

120714-13

Menurut Pengerusi YPB, Profesor Emeritus Dato' Dr. Abdul Latiff Mohamad, pihaknya juga menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak bagi meningkatkan mutu penyelidikan serta sedikit sebanyak memberikan motivasi untuk lebih maju. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mina Seifi 

 
  • Created on .
  • Hits: 1060

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024