USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROFESOR DR. BASSIM SEORANG LAGI SAINTIS TERKEMUKA USM TERSENARAI DALAM THE WORLD’S MOST INFLUENTIAL SCIENTIFIC MINDS

bassim

PULAU PINANG, 18 Julai 2014 - Baru-baru ini, Thomson Reuters telah mengeluarkan senarai minda saintifik terbaik dunia (world’s best and brightest scientific minds) melalui laporan The World’s Most Influential Scientific Minds: 2014, yang menganalisis data sejak 11 tahun lalu menggunakan “the Web of Science and InCites platforms” yang menunjukkan bagaimana para penyelidik seluruh dunia menghasilkan kerja yang paling dirujuk oleh keserakanannya.

Tiga orang saintis tersenarai dalam laporan tersebut iaitu Profesor Dr. Saidur Rahman Abdul Hakim dari Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Ishak Hashim dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Profesor Dr. Abdul Latif Ahmad dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Namun seorang lagi saintis yang sedang berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Bassim H. Hameed yang turut tersenarai telah dimasukkan di bawah sebuah universiti Arab Saudi.

Profesor yang sedang berkhidmat di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM itu mula berkhidmat di USM pada Oktober 1999 dan mengetuai kumpulan penyelidik Kejuruteraan Tindak Balas dan Penjerapan - Reaction Engineering and Adsorption (READ). Beliau mempunyai minat mendalam dalam bidang berkenaan terutamanya teknologi yang berkaitan isu-isu Tenaga dan Persekitaran.

Sehingga kini Bassim telah menghasilkan lebih 250 kertas penyelidikan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa yang berpengaruh termasuk 175 kertas jurnal ISI-Indeks dengan lebih 75% daripadanya disenaraikan sebagai “top 15%” dalam bidang yang berkaitan.

Beliau yang berkelulusan ijazah kedoktoran (Ph.D) dari University of Salford United Kingdom juga tersenarai oleh Thomson Reuters dalam Highly Cited Researchers 2014. - Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 940

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024