USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERHIMPUNAN AMAN SELAMATKAN PALESTIN

save gaza1

PULAU PINANG, 18 Julai 2014 - Kira-kira 150 orang pelajar dan orang ramai berhimpun di perkarangan Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) selepas solat Jumaat hari ini untuk menyatakan perasaan kecewa dan marah dengan pembunuhan umat Palestin akibat serangan Israel sejak beberapa hari lalu.

Jurucakap perhimpunan tersebut, Khalil Abu Ahmed, 49, berkata, mereka hanya zahirkan perasaan sedih dengan apa yang berlaku di Gaza.

save gaza2

"Dunia tidak mampu melakukan apa-apa dan hanya melihat umat Palestin terutamanya wanita dan kanak-kanak dibunuh dan menderita," katanya berasal dari Gaza.

Lapan orang anak dan isterinya berada di sana berhadapan serangan Israel.

Menurut Khalil lagi, kira-kira 60 orang pelajar Palestin di USM turut serta dalam perhimpunan ini untuk berkongsi kerisauan dan kesedihan yang mereka lalui dengan statistik kematian yang makin bertambah.

save gaza3

"Kami mohon masyarakat dunia melakukan sesuatu dan umat Islam terus berdoa dan sama-sama bertindak menghentikan keganasan Israel ini," katanya lagi. 

Khalil baru sahaja menyelesaikan pengajian kedoktoran dalam bidang Pembangunan Islam di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM. Teks/Foto : Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 994

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024